Tuesday, 3 June 2014

assalamualaikum..

masa yang dihabiskan sekarang dengan tidak membuat apa-apa, hanya menatap 'alkin' yang tidak bernyawa serta melongkar apa yang patut. sungguh bosan jika terus begini.. 'study week' kali ini masih tetap di bumi Malim.. menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada. aktiviti sepanjang semester ini tidak sebanyak semester lalu. aku hanya ingin kongsikan sesuatu di sini..



Friday, 30 May 2014

down..down n down....

assalamualaikum..

lamanya  tak update blog.. rindunya pada ruangan ini..dulu seringkali meluahkan rasa melalui ini, kini aku tak punya kesempatan yang padu untuk mengemas kininya tiap waktu..

syukur alhamdulillah, semester akhir pengajian di bumi Malim ini akan berakhir dalam masa tiga minggu dari sekarang. InsyaALLAH, selepas ini ada perancangan yang rapi telah kuaturkan untuk kehidupanku sendiri.. harapnya berhasil seperti yang diimpikan..

malam ini, malam penuh duka.. kenapa?? tiada apa-apa, cuma itu yang kurasa..

duka dalam mata
duka lubuk hati
duka sepenuh jiwa
tiada pastinya..



taku sekadar meluah cerita hati.. cerita hati yang tidakkan pernah difahami sesiapa.. hanya aku penulisnya, hanya aku memahaminya.. semua jenis perasaan terkandung tika ini.. duka, tangis, hampa, sepi, sunyi, sayu, keseorangan.. ohh. tiada terduga.. apa kesudahannya.. semester akhir, begitu mencabar ruangan emosiku.. kadang sakit dipanah petir tajam yang kuselongkar sendiri, pedihnya bagai ditusuk hati kecil ini.. begitu payah menghadapi..

berita gembiranya, tak mampu dikongsi segembira denganku.. lebih malang lagi, khabaran itu tidak punya kaitan langsung dengan ku..(apa yang aku karutkan..ohhh :( )


Thursday, 13 March 2014

berita semalam

assalamualaikum

Tanggal 08 Mac 2014, seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Kehilangannya dikesan sekitar jam 02.40 pagi pada hari tersebut. Pelbagai pihak muncul menghulurkan bantuan dalam usaha mencarinya, namun sehingga kini masih tiada khabar berita yang diterima. hilangnya menjadi misteri yang cukup aneh. Jarang sekali berlaku, ia menimbulkan tanda tanya pelbagai masyarakat seluruh dunia. Adakah sudah terhempas? atau masih selamat di bumi Allah s.wt ini. Ia menjadi kemusykilan yang maha hebat. Sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Dalam kita berusaha untuk mencari, kita jua harus mengingati bahawa Allah s.w.t, Maha Mengetahui, kita mesti menadah tangan serta memohon pertolongan dari-Nya. DIA sebaik-baik perancang buat hamba-Nya.

Entri ini sekadar perkongsian secebis ruang yang diberi untuk kita sama-sama meminta serta berdoa dari-Nya agar dikembalikan anak-anak kapal dan para penumpang yang berada dalam MH370 itu. Ya Allah, Ya Rabbi tunjukkan kekuasaan-MU, selamatkan mereka dari sebarang kecelakaan. Aamiin..




Di pagi sunyi sepi
kehilanganmu satu misteri
seluruh dunia menanti
kemunculanmu kembali.

Airmata membasahi pipi
mengenangkan keanehan ini
hadir dalam mimpi
teriakan, esakan menguris hati.

Ke mana perginya kamu
ke mana sembunyinya kamu
datanglah datanglah lagi
bisa kami ketahui.

          Spekulasi melemahkan hati
       andaian dilontar tiada yang pasti
          namun setia berserah diri
            agar kamu muncul lagi.


# kembalilah #

Friday, 28 February 2014

semester akhir

assalamualaikum..

alhamdulillah, syukur pada-Nya kerana masih memberi kukesempatan untuk meneruskan pengajian di TM. aku harap diberi kekuatan serta kesabaran yang tinggi saat-saat berada di semester terakhir ini. hampir dua minggu di sini, aku masih mencari destinasi terbaik yang perlu kutujui setiap waktu. kadang-kala aku perlu bergerak sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

semester ini merupakan detik-detik yang mencabar bagiku kerana banyak perkara yang mesti kulaksanakan selama 6bulan akan datang, antaranya adalah :

  •  pastikan semua kerja yang diberi selesai dalam masa yang ditetapkan.
  • tesis yang mencabar minda serta diri aku sendiri.
  • kursus kahwin. :-) 
  • lesen kereta.
  • jaga hati untuk my f... insyaAllah.
ini antara target yang aku senaraikan kemas dalam kepala agar mampu realisasikan semuanya tanpa menjejaskan kesihatan serta tingkah lakuku. 

namun begitu, hampir 2 minggu aku di sini banyak masalah yang harus kuhadapi, membuatkan aku letih serta tidak bermaya setiap hari. dengan masalah tidur yang tidak menentu dan bermacam-macam lagilah. hampir setiap mentari melabuhkan tirainya aku menitiskan cecair tanpa warna. dengan keadaan yang kualami, sememangnya aku memerlukan perhatian darinya. perlukan dia disampingku untuk mendengar setiap luahan hatiku.  dia tidak pernah menghampakanku, namun kadang kala aku merasa kosong bila dia sering kali meninggalku sendirian. tapi apa-apa pun sepatutnya aku bersyukur kerana dianugerahkan insan sepertinya yang tidak pernah jemu melayan karenahku, menenangkan aku serta yang sering sakitkan hati aku kadang-kadang. sesungguhnya, kehadirannya memberi berjuta-juta kebahagiaan pada aku. terima kasih, sayangku. jangan sesekali lupakan aku ok... kalau tak siap, KENA !!!!! jaga....

tiada lagi dia
dia yang menemaniku tiap masa
dia yang rela susahkan dirinya demiku
dia yang suka menyakitiku
walaupun kutahu itu hanya gurauan semata
tiada lagi dia tika ini
hanya aku sendirian 
jauh tanpanya
aku tetap cinta
jauh denganya
aku masih sayang
jauh jaraknya
aku kian rindu

<3 akim kenpachi





Monday, 17 June 2013

eja suhada

assalamualaikum..


sahabat sejati selamanya (3S)
saatku di sini kian ke penghujungnya. sepanjang 3 tahun, terlalu cepat masa beredar meninggalkan kita. semalam, sahabatku sudah pulang ke kampung halamannya. perasaan sedihnya usah dikata, betapa pilu dan sayunya. hampir tiga minggu aku tidur bersamanya. memori itu begitu sukar untuk diperoleh, lantaran kesibukan masing-masing. biarpun pada penghujung semester baru kami meluangkan masa bersama. banyak kenangan yang tercipta. masih ku ingat kata-katanya sebelum berangkat pergi :

"...., nanti mesej2 org yea. kalau nak kahwin jemput tau"


tak boleh nak tahan aku gelak sesungguh.. ada plak cakap macam tu. insyaallah, wajib aku jemput. yang

paling tak tahannya, baru je beberapa minit naik bas dah bunyi deringan mesej darinya. yang pastinya setelah kepulangannya rumah ini seakan-akan sunyi. dia sudah gelak tawa kami bersama. hanya kenangan sahaja yang boleh di imbas kembali. 


yg dirai..
kalau kata aku tak menangis, tipulah kan. mengalir juga airmata ni bila perpisahan berlaku. walaupun lepas ni masih boleh bersua, namun masanya terlalu panjang yang perlu diambil. mungkin tahun depan baru boleh bergelak ketawa seperti hari-hari yang lalu. tiada apa boleh dibuat kerana kami punya tanggungjawab yang masing-masing. seorang akan mendidik di Jerantut, Pahang, manakala seorang lagi akan mencurahkan ilmu di  Ipoh, Perak. 

saat kita bersama akan menjadi memori yang terhebat padaku.. moga kita sama-sama berjaya dalam mengharungi perjuangan hidup ini. biarpun kita punya kesukaan yang berbeza, pendirian yang berlainan, sifat yang pro dan kontra, penampilan yang berbeza tapi kita tetap punya rasa yang sama, moga PERSAHABATAN ini terus berkekalan hingga hujungnya.aamiin.



Tuesday, 4 June 2013

diari semester

assalamualaikum.

Alhamdulillah.. hampir 3 tahun menuntut ilmu di sini. terlalu banyak pengalaman yang dikutip. terlampau indah kenangan yang tercipta. ada suka ada duka, semua itu merupakan asam bagi kehidupan manusia. walaupun 3 tahun hampir menjengah jendela waktu. namun masa-masa yang singkat ini akan kuhayati selagi mampu. siapa tahukan, malam ini adalah malam terakhirku? atau siapa tahukan, entri ini juga mungkin entri terakhirku. segalanya mungkin terjadi dengan kuasa-NYA.



sahabat pertama di sini
semester pertama sekitar tahun 2010 (cehwah macam tua-tua plak kan), datang ku kemari dengan serba kosong. hidup berdikari tanpa teman akrab di sisi. aku masih ingat saat itu, hampir seminggu terpaksa aku lalui kesukaran berjauhan dengan keluargaku. hampir seminggu air jernih mengalir tiada henti. tidak mengira masa, tempat dan keadaan. namun, pertemuan kedua ku dengan EJA SUHADA telah membuat hidupku yang kosong tanpa teman kembali disinari senyuman. biarpun kami tidak tinggal bersama, tetapi kemesraan yang terjalin agar luar biasa. seumpama saudara sendiri. masih terimbau di kantung memori ini, masakan pertama yang disediakan oleh eja suhada, iaitu nasi air yang dicampurkan telur. sangat sedap.. TERIMA KASIH, EJA SUHADA. kan ku ingati kamu selagi aku diberi nafas ini. 

semester kedua.. aku lebih berdikari kot !! bairpun masih ada rasa pilu ekoran kejauhan itu namun pengajian yang baru bermula mesti diteruskan sebaik mungkin. kini, aku dan eja suhada mula mendiami rumah yang sama. walaupun bukan bilik yang sama tetapi kami kini lebih dekat. saling berkongsi segala rasa. dari rumah itu, aku mula mengenali FAIRUZ INSYIRAH. kami menjadi tiga sekawan yang utuh hubungannya hingga kini. dan insyaALLAH, aku doakan moga kekal sampai bila-bila. dari eja suhada aku mula mengenali siapa itu, zura, kak wani dan semua kawan-kawannya yang lain. aku diibaratkan mengambil bidang yang serupa dengan mereka. hakikatnya, bidang kami sangta berbeza. perbezaan inilah yang telah menjalinkan persahabatan kami. 


semester tiga. merupakan semester yang mula menjarakkan aku dengan mereka. terlalu asyik melayan perasaan sehigga lupa siapa sahabat yang bersama selama ini. setiapa masa hanya bersamanya, setiap ketika hanya dia. betapa b**** aku saat itu. waktu ini juga aku mula mengenali, siapa itu ORYNA ORYEn dan SYUHAIBAH SUE. aku tidak pasti kuasa apa yang mengeratkan kami. mungkin kami dari negeri yang sama dan punya peragai 'giler-giler'. semester inilah aku ikuti mana-mana program yang diadakan. terlalu banyak kenangan yang tercipta. malah, semester ini juga yang membuatkan hati ini pecah berderai. tapi lupakan sebab semua itu ada hikmahnya dengan kehadiran akiz. ohh EJA SUHADA, ikatan kami seakan-akan dilambung badai. ku biarkan dirimu sendiri. (heheh jiwang plak) masihku ingat dibahu ini, dia menitiskan mutiara itu, dipelukan ini aku cuba meredakan tangisan itu. (ye ke reda?? rasanya makin menangis ada) Detik itu, baru aku terfikir bahawa kerana kesibukanku dengan benda yang tidak bermanfaat, aku mula tiada masa untuk berkongsi perasaan dengannya di tiap-tiap malam. dan aku sedar dia mula merasakan dirinya terpinggir dari persahabartan kami. sebenarnya memang aku salah, sahabat kerana membiarkanmu sendiri tika aku diperlukan.. 



terima kasih, kawan
semester empat. aku bagaikan patung yang tidak bernyawa. ada tetapi seakan-akan tiada. jasad berdiri kukuh, tetapi hati rebah sebelum masanya. masa yang benar-benar menguji diriku. masih jelas di ruang mataku, mutiara jernih ini menitis membasahi baju eja suhada. tangisan itu seakan-akan membuang kenangan yang tercipta dahulu. di saat inilah, baru aku kenal siapa itu sahabat. syuhaibah sue, oryna oryen peneman tika kesedihan, masalah dikongsi selamanya. tika waktu itulah, datangnya penyelamat. hadirnya sekian lama, aku pinggirkan begitu sahaja. rupa-rupanya dialah penyembuh kerosakan hati yang maha perit. terima kasih, chi. terima kasih EJA SUHADA, ORYNA ORYEN dan SYUHAIBAH SUE.. 

semester lima. aku kian sibuk dengan pengajian yany hampir tiba ke pertengahannya. sibuk sesangat. aku pun tidak pasti apakah aktiviti yang aku lakukan sepanjang sem ini. tapi, my syg sentiasa di hati. dan sahabat-sahabatku semestinya dihadapan mata. 


semester enam. sekarang, detik ini.. aku menunggu ruangan untuk melelapkan mata. setelah hampir beberapa jam yang lalu aku menyiapkan nota untuk 'paper' yang seterusnya pada 7hb ini. tiada apa yang ingin dilakukan, aku mula terfikir untuk meng'update' blog sambil berbalas komen dengan ORYNA ORYEN.. tengok kanan FAIRUZ dah tidur, tengok kiri EJA SUHADA pun nampak gayanya memang terlelap terus. nak mesej , ada orang yang 'exam' esok. jadi, pagi ni terpaksalah pandai-pandai sendiri. mata yang kian teguh terbuka ni seakan-akan tidak merasa mengantuknya. alahai mata, pukul berapa lah nak tidur.. tetapi tak apa, blog jadi peneman meluahkan rasa.. setakat ni sahaja lah nanti cerita lagi ya,..GOOD LUCK untuk yang 'exam' esok.. EJA SUHADA, ORYNA ORYEN, SYUHAIBAH SUE, ZURA dan semualah.. ooo sebelum terlupa, GOOD LUCK juga untuk AKIM KENPACHI. jawab elok-elok tau.. 



*tiada cinta tanpa menyintai, tiada cinta jika tanpa dicintai* izza_damia


Thursday, 25 April 2013

dibiarkan

assalamualaikum

bila rindu mengasak
aku kian keliru dengan perasan sendiri
bila rindu membuak-buak
aku terseksa menanggungnya

walaupun kita dekat
aku merasakan hari demi hari
waktu berganti jarak seumpama cemburui kita
jauh.. juah dan kian jauh.

adakah ini aku yang merasa
atau kita turut sama merasainya
Ya Allah.. jagalah hati ini agar tidak memikirkan
sesuatu yang diluar kawalannya