assalamualaikum..
bukan aku pinta untuk jatuh cinta
tetapi sudah ditakdirkan aku menyayanginya..
bukan aku paksa diri untuk menyintainya..
namun, cinta yang hadir ini..
bagaikan satu anugerah dari Yang Esa..
kurniaan yang sempurna..
sesungguhnya, aku bahagia dan dilindungi
bila bersama dengannya..
malah, bukan aku pinta untuk menyakitinya..
namun, sesuatu diluar kawalanku telah terjadi..
hatinya kulukai,
maruahnya kuabaikan..
kejamnya aku..
sampaikan sanggup menyakitinya sedemikian rupa.
berjuta kali aku menangisi semua itu..
segalanya sudah terlewat.
sudah terlambat..
aku tak mampu untuk berhadapan dengannya..
kerana rasa bersalah ini sering menghimpit diriku,
walaupun aku ingin selalu menatap wajahnya..
Ya Allah...
apa yang telah kulakukan
pada seorang insan yang menyayangiku..
Ya Allah,..
seandainya, aku bukan yang terbaik untuknya..
jauhilah aku darinya..
aku tak ingin terus melukai hatinya..
biarpun rasa sayang dan cintaku padanya
terlalu dalam..
namun, tiada gunanya..
jika aku terus-menerus menyakiti hatinya..
aku tak berdaya, Ya Allah..
tak berdaya menjadi yang terbaik untuknya..
betapa terkilannya dia dengan perbuatanku..
Ya Allah..
kejamnya aku..
kredit: : ..maafkan saya..