assalamualaikum..
My F tercinta syg,
Terima kasih kerana kasih sayang darimu menjadikan aku
lebih dewasa. Dulu, aku angin tanpa arah, aku pepasir terdampar bebas. kini,
aku kuat adanya kamu. Aku tenang berdua bersamamu. Mungkin aku bukan terbaik
buatmu. Mungkin aku gagal di matamu. Tapi percayalah, hakikatnya aku punya rasa
mendalam padamu. Aku cuba sedaya upayaku menyayangimu, aku cuba semampuku untuk
bahagiakan kamu. Aku tidak mengharapkan apa-apa, Cuma hargailah aku seadanya. Jika
satu saat nanti, tiada rasa kasih darimu untukku, katakan, berterus teranglah
kerana aku sedia mengundurkan diri demi keceriaan hidupmu. Andainya satu detik
nanti aku tidak diperlukan lagi, izinkan aku membuang memori yang kita loretkan
bersama. Sesungguhnya, aku takkan pernah sesekali memaksamu untuk terus berdiri
di sampingku, agar setia menemaniku.
Sayangku, Mr F..
Terimalah aku apa adanya aku. Tegurlah aku, jika
terkesan khilafku. Bimbinglah aku semampumu. Didiklah aku setegasnya. Terima kasih
Mr. F kerana sesungguhnya, hanya ungkapan itu yang mampu kucurahkan. Terima kasih,
sayang-sayang !!!
My F hatiku..
Malam sunyi sepi
bulan bercahaya
Ku lihat dirimu berdiri bersamaku
selamat malam oo sayangku
Ku nantikan dirimu
Di depan pintu itu
menantikan kamu
Akimku tersayang
Akimku tercinta
Tanpamu apa jadinya
aku
Tak bisa hidup
bahagia
Mengerti tentang
cinta
Akimku terima
kasihku
Rajuknya diriku
kadang buatmu malas
Namun segala kasih
kau berikan
Akimku tersayang
Akimku tercinta
Tanpamu apa jadinya
Tak mungkin jatuh
cinta
Mengerti tentang
rindu
Akimku terima
kasihku..
Bila bosan menjadi raja..
![]() |
inilah My F ... |