Thursday, 13 March 2014

berita semalam

assalamualaikum

Tanggal 08 Mac 2014, seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Kehilangannya dikesan sekitar jam 02.40 pagi pada hari tersebut. Pelbagai pihak muncul menghulurkan bantuan dalam usaha mencarinya, namun sehingga kini masih tiada khabar berita yang diterima. hilangnya menjadi misteri yang cukup aneh. Jarang sekali berlaku, ia menimbulkan tanda tanya pelbagai masyarakat seluruh dunia. Adakah sudah terhempas? atau masih selamat di bumi Allah s.wt ini. Ia menjadi kemusykilan yang maha hebat. Sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Dalam kita berusaha untuk mencari, kita jua harus mengingati bahawa Allah s.w.t, Maha Mengetahui, kita mesti menadah tangan serta memohon pertolongan dari-Nya. DIA sebaik-baik perancang buat hamba-Nya.

Entri ini sekadar perkongsian secebis ruang yang diberi untuk kita sama-sama meminta serta berdoa dari-Nya agar dikembalikan anak-anak kapal dan para penumpang yang berada dalam MH370 itu. Ya Allah, Ya Rabbi tunjukkan kekuasaan-MU, selamatkan mereka dari sebarang kecelakaan. Aamiin..




Di pagi sunyi sepi
kehilanganmu satu misteri
seluruh dunia menanti
kemunculanmu kembali.

Airmata membasahi pipi
mengenangkan keanehan ini
hadir dalam mimpi
teriakan, esakan menguris hati.

Ke mana perginya kamu
ke mana sembunyinya kamu
datanglah datanglah lagi
bisa kami ketahui.

          Spekulasi melemahkan hati
       andaian dilontar tiada yang pasti
          namun setia berserah diri
            agar kamu muncul lagi.


# kembalilah #