<3 Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
masih adakah yang sudi menemaniku
masih adakah yang sudi menyayangiku
masih adakah yang ingin berdekatan denganku
masih adakah yang ingin memcintaiku
pengalaman yang dulu menghantui hidupku.. aku takkan pernah sesekali untuk melupakannyanya. walaupun telah kucuba, namun hanya sia-sia..ia datang bak ombak yang menganas..merobek hati sanubariku. kelukaan itu masih aku rasa kini..kesakitan itu, tak mungkin ada pengubatnya.. kepedihan itu, hanya aku yang fahaminya. betullah kata orang, masa yang singkat membuatkan kita susah untuk melupakannya.
sejujurnya, aku tidak membencinya, aku juga tidak sesekali mendendaminya..apa jua yang dilalukan, mesti ada sebabnya.. tapi untuk memaafkannya, tak mungkin buat masa ini,.. hatiku bagai mati..mati untuk menerima maaf itu..
hati..
kenapa kau tidak mampu membencinya
kenapa kau tidak betah melupakannya
kenapa kau masih degil menyayanginya
kenapa kau tetap setia merinduinya
hati..
sedarkah kau akan derita yang aku rasa
sedarkah kau kesakitan yang diberikannya
sedarkah kau akan kesengsaraan itu
sedarlah kau, hati
sedarlah..usah kau bermimpi..
wahai hati bangkitlah..bangunlah dari tidur panjangmu
wahai hati..
kedegilanmu tak mampu kukawalnya
kedegilanmu mengundang mutiara jernihku
kedegilanmu kian menyakitkan diri aku
kedegilanmu menyusahkan perjalanan harianku
wahai hati..
cukuplah..aku bukan insan yang kuat..
cukuplah..aku bukan hamba-NYA yang tabah
cukuplah.. aku derita menanggung kedegilanmu
wahai hati..
usahlah kau merinduinya
usahlah kau menyayanginya
usahlah kau kukuh menyintainya
kerana itu sudah tiada makna
untukmu dan dirinya
malah, kau menjadikan diriku makin sakit
tiap kali kedegilanmu merinduinya
tika kedegilanmu menguasai diriku
mendesakku untuk mengakui sayangku padanya
![]() |
Add caption |
wahai hati.
tahukah kau, aku cuba membuang seraup wajahnya
tahukah kau, aku cuba kuburkan memori bersamanya
tahukah kau, aku cuba..cuba layari hidupku tanpanya
sudahlah hati..aku sudah terlalu menderita..
sudahlah hati..cukuplah kau menghadiahkan penderitaan itu
kekuatanku sudah hilang entah di mana..
wahai hati..bukalah pintumu untuk yang lain..