Monday, 17 June 2013

eja suhada

assalamualaikum..


sahabat sejati selamanya (3S)
saatku di sini kian ke penghujungnya. sepanjang 3 tahun, terlalu cepat masa beredar meninggalkan kita. semalam, sahabatku sudah pulang ke kampung halamannya. perasaan sedihnya usah dikata, betapa pilu dan sayunya. hampir tiga minggu aku tidur bersamanya. memori itu begitu sukar untuk diperoleh, lantaran kesibukan masing-masing. biarpun pada penghujung semester baru kami meluangkan masa bersama. banyak kenangan yang tercipta. masih ku ingat kata-katanya sebelum berangkat pergi :

"...., nanti mesej2 org yea. kalau nak kahwin jemput tau"


tak boleh nak tahan aku gelak sesungguh.. ada plak cakap macam tu. insyaallah, wajib aku jemput. yang

paling tak tahannya, baru je beberapa minit naik bas dah bunyi deringan mesej darinya. yang pastinya setelah kepulangannya rumah ini seakan-akan sunyi. dia sudah gelak tawa kami bersama. hanya kenangan sahaja yang boleh di imbas kembali. 


yg dirai..
kalau kata aku tak menangis, tipulah kan. mengalir juga airmata ni bila perpisahan berlaku. walaupun lepas ni masih boleh bersua, namun masanya terlalu panjang yang perlu diambil. mungkin tahun depan baru boleh bergelak ketawa seperti hari-hari yang lalu. tiada apa boleh dibuat kerana kami punya tanggungjawab yang masing-masing. seorang akan mendidik di Jerantut, Pahang, manakala seorang lagi akan mencurahkan ilmu di  Ipoh, Perak. 

saat kita bersama akan menjadi memori yang terhebat padaku.. moga kita sama-sama berjaya dalam mengharungi perjuangan hidup ini. biarpun kita punya kesukaan yang berbeza, pendirian yang berlainan, sifat yang pro dan kontra, penampilan yang berbeza tapi kita tetap punya rasa yang sama, moga PERSAHABATAN ini terus berkekalan hingga hujungnya.aamiin.



Tuesday, 4 June 2013

diari semester

assalamualaikum.

Alhamdulillah.. hampir 3 tahun menuntut ilmu di sini. terlalu banyak pengalaman yang dikutip. terlampau indah kenangan yang tercipta. ada suka ada duka, semua itu merupakan asam bagi kehidupan manusia. walaupun 3 tahun hampir menjengah jendela waktu. namun masa-masa yang singkat ini akan kuhayati selagi mampu. siapa tahukan, malam ini adalah malam terakhirku? atau siapa tahukan, entri ini juga mungkin entri terakhirku. segalanya mungkin terjadi dengan kuasa-NYA.



sahabat pertama di sini
semester pertama sekitar tahun 2010 (cehwah macam tua-tua plak kan), datang ku kemari dengan serba kosong. hidup berdikari tanpa teman akrab di sisi. aku masih ingat saat itu, hampir seminggu terpaksa aku lalui kesukaran berjauhan dengan keluargaku. hampir seminggu air jernih mengalir tiada henti. tidak mengira masa, tempat dan keadaan. namun, pertemuan kedua ku dengan EJA SUHADA telah membuat hidupku yang kosong tanpa teman kembali disinari senyuman. biarpun kami tidak tinggal bersama, tetapi kemesraan yang terjalin agar luar biasa. seumpama saudara sendiri. masih terimbau di kantung memori ini, masakan pertama yang disediakan oleh eja suhada, iaitu nasi air yang dicampurkan telur. sangat sedap.. TERIMA KASIH, EJA SUHADA. kan ku ingati kamu selagi aku diberi nafas ini. 

semester kedua.. aku lebih berdikari kot !! bairpun masih ada rasa pilu ekoran kejauhan itu namun pengajian yang baru bermula mesti diteruskan sebaik mungkin. kini, aku dan eja suhada mula mendiami rumah yang sama. walaupun bukan bilik yang sama tetapi kami kini lebih dekat. saling berkongsi segala rasa. dari rumah itu, aku mula mengenali FAIRUZ INSYIRAH. kami menjadi tiga sekawan yang utuh hubungannya hingga kini. dan insyaALLAH, aku doakan moga kekal sampai bila-bila. dari eja suhada aku mula mengenali siapa itu, zura, kak wani dan semua kawan-kawannya yang lain. aku diibaratkan mengambil bidang yang serupa dengan mereka. hakikatnya, bidang kami sangta berbeza. perbezaan inilah yang telah menjalinkan persahabatan kami. 


semester tiga. merupakan semester yang mula menjarakkan aku dengan mereka. terlalu asyik melayan perasaan sehigga lupa siapa sahabat yang bersama selama ini. setiapa masa hanya bersamanya, setiap ketika hanya dia. betapa b**** aku saat itu. waktu ini juga aku mula mengenali, siapa itu ORYNA ORYEn dan SYUHAIBAH SUE. aku tidak pasti kuasa apa yang mengeratkan kami. mungkin kami dari negeri yang sama dan punya peragai 'giler-giler'. semester inilah aku ikuti mana-mana program yang diadakan. terlalu banyak kenangan yang tercipta. malah, semester ini juga yang membuatkan hati ini pecah berderai. tapi lupakan sebab semua itu ada hikmahnya dengan kehadiran akiz. ohh EJA SUHADA, ikatan kami seakan-akan dilambung badai. ku biarkan dirimu sendiri. (heheh jiwang plak) masihku ingat dibahu ini, dia menitiskan mutiara itu, dipelukan ini aku cuba meredakan tangisan itu. (ye ke reda?? rasanya makin menangis ada) Detik itu, baru aku terfikir bahawa kerana kesibukanku dengan benda yang tidak bermanfaat, aku mula tiada masa untuk berkongsi perasaan dengannya di tiap-tiap malam. dan aku sedar dia mula merasakan dirinya terpinggir dari persahabartan kami. sebenarnya memang aku salah, sahabat kerana membiarkanmu sendiri tika aku diperlukan.. 



terima kasih, kawan
semester empat. aku bagaikan patung yang tidak bernyawa. ada tetapi seakan-akan tiada. jasad berdiri kukuh, tetapi hati rebah sebelum masanya. masa yang benar-benar menguji diriku. masih jelas di ruang mataku, mutiara jernih ini menitis membasahi baju eja suhada. tangisan itu seakan-akan membuang kenangan yang tercipta dahulu. di saat inilah, baru aku kenal siapa itu sahabat. syuhaibah sue, oryna oryen peneman tika kesedihan, masalah dikongsi selamanya. tika waktu itulah, datangnya penyelamat. hadirnya sekian lama, aku pinggirkan begitu sahaja. rupa-rupanya dialah penyembuh kerosakan hati yang maha perit. terima kasih, chi. terima kasih EJA SUHADA, ORYNA ORYEN dan SYUHAIBAH SUE.. 

semester lima. aku kian sibuk dengan pengajian yany hampir tiba ke pertengahannya. sibuk sesangat. aku pun tidak pasti apakah aktiviti yang aku lakukan sepanjang sem ini. tapi, my syg sentiasa di hati. dan sahabat-sahabatku semestinya dihadapan mata. 


semester enam. sekarang, detik ini.. aku menunggu ruangan untuk melelapkan mata. setelah hampir beberapa jam yang lalu aku menyiapkan nota untuk 'paper' yang seterusnya pada 7hb ini. tiada apa yang ingin dilakukan, aku mula terfikir untuk meng'update' blog sambil berbalas komen dengan ORYNA ORYEN.. tengok kanan FAIRUZ dah tidur, tengok kiri EJA SUHADA pun nampak gayanya memang terlelap terus. nak mesej , ada orang yang 'exam' esok. jadi, pagi ni terpaksalah pandai-pandai sendiri. mata yang kian teguh terbuka ni seakan-akan tidak merasa mengantuknya. alahai mata, pukul berapa lah nak tidur.. tetapi tak apa, blog jadi peneman meluahkan rasa.. setakat ni sahaja lah nanti cerita lagi ya,..GOOD LUCK untuk yang 'exam' esok.. EJA SUHADA, ORYNA ORYEN, SYUHAIBAH SUE, ZURA dan semualah.. ooo sebelum terlupa, GOOD LUCK juga untuk AKIM KENPACHI. jawab elok-elok tau.. 



*tiada cinta tanpa menyintai, tiada cinta jika tanpa dicintai* izza_damia


Thursday, 25 April 2013

dibiarkan

assalamualaikum

bila rindu mengasak
aku kian keliru dengan perasan sendiri
bila rindu membuak-buak
aku terseksa menanggungnya

walaupun kita dekat
aku merasakan hari demi hari
waktu berganti jarak seumpama cemburui kita
jauh.. juah dan kian jauh.

adakah ini aku yang merasa
atau kita turut sama merasainya
Ya Allah.. jagalah hati ini agar tidak memikirkan
sesuatu yang diluar kawalannya


Wednesday, 27 March 2013

ini kisah baru

assalamualaikum..

Alhamdulillah, Ya Allah.. terima kasih kerna masih jua menganugerahkan kesempatan kepada ku untuk terus berkongsi secebis rahsia hati dalam ruangkan ini. tiada apa yang istimewa. aku masih lagi hamba-MU yang punya kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang kian menghampiri titik noktahnya. Alhamdulillah. Ya Allah, aku mengharapkan restu-MU agar aku diizinkan meneroka ilmu yanng belum tuntas aku habiskan. sekarang tiada rasa gundah bersamaku. hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai sahaja pastikan kuumumkan pada khalayak.

perkongsian hati kini pasti
tiada dusta tiada curiga
tiada mainan tiada penipuan
hanya setia, jujur dan harapan
akar sebuah perhubungan

angan-angan yang dulu berkecai
kini bercahaya kembali
memiliki DIA dan dia sebagai pendamping hati
mengukuhkan kekuatan diri

ia bagaikan lalang bagi yang tidak menghargai
namun, ia bak permata buat insan yang mengharapkan
lalang tidak semesti rebah jika angin bertiup kencang
permata tak mungkin bersinar jika tidak digilap rapi
itulah ironinya cinta

yang menghargai akan memiliki
yang mengharapkan pasti dikasihi
yang dusta pasti dinodai
yang khilaf takkan dimaafi

kasih.. sayang diberi kian dihargai
sayang disemai kanku sanjungi
sayang sendiri menjadi tonggak hati
selamanya kukasihi mu
sungguh !!! aku mahu

my sayang
kini, hanya kamu bahu kuberpaut
hanya kamu kumenanti jari tersarung
hanya kamu..

tiba harinya nanti, hanya kamu menjadi keutamaanku. biarlah masa yang mendekatkan kita. biarlah waktu yang menyatukan kita. hari itu bakal tiba. In Shaa Allah. dengan izin-NYA.. aamiin. 



<3  my hati_lukmanul hakim <3

Monday, 11 March 2013

seadanya...


Assalamualaikum..

Seadanya aku cinta,
Getar ini hadir sendiri tanpa disedari
Degup ini berdetar tanpa minta diberhenti
Rahsia hati tidak mampu diungkapi
Biarpun mata memandang sepi
Hati tidak semestinya sama merasai

Seadanya aku cinta
Nafas bagaikan sukar dihela dengan bebas
Mata tersimpam sejuta rahsia tersembunyi
Bibir tak pernah mahu melafazkan

Seadanya aku cinta
Jasad berpijak utuh dilantai bumi
Jiwa ternyata melayang entah ke mana
Sesungguh tiada daya kumenolak takdir ini

Seadanya aku cinta
Segalanya menjadi kepentingan buatku
Memori yang  tercipta bersama
Tak mungkin sesekali kulupai

Seadanya aku cinta
Aku mengharapkan insan itu turut menyintaiku
Aku menginginkan dia tetap setia denganku
Biar apapun terjadi
Kumahu dia disisiku

Seaadanya aku cinta
Aku tiada ragu melafazkannya
Takkan pernah jemu untuk mengasihinya
Aku takkan cuba menjauhinya

Seadanya aku cinta
Tiada apa yang mesti dinafikan
Kerana sesungguhnya aku memang cinta.
Setulus. Sejujur. Seikhlas jiwa ragaku..
Seadanya aku cinta
Aku ingin dirinya bersamaku
Aku tak rela berjauhan dengannya
Itulah seadanya cintaku.
Noktah !!!