Assalamualaikum..
Seadanya aku cinta,
Getar ini hadir
sendiri tanpa disedari
Degup ini berdetar
tanpa minta diberhenti
Rahsia hati tidak
mampu diungkapi
Biarpun mata
memandang sepi
Hati tidak
semestinya sama merasai
Seadanya aku cinta
Nafas bagaikan sukar
dihela dengan bebas
Mata tersimpam
sejuta rahsia tersembunyi
Bibir tak pernah
mahu melafazkan
Seadanya aku cinta
Jasad berpijak utuh
dilantai bumi
Jiwa ternyata
melayang entah ke mana
Sesungguh tiada daya
kumenolak takdir ini
Seadanya aku cinta
Segalanya menjadi
kepentingan buatku
Memori yang tercipta bersama
Tak mungkin sesekali
kulupai
Seadanya aku cinta
Aku mengharapkan
insan itu turut menyintaiku
Aku menginginkan dia
tetap setia denganku
Biar apapun terjadi
Kumahu dia disisiku
Seaadanya aku cinta
Aku tiada ragu melafazkannya
Takkan pernah jemu
untuk mengasihinya
Aku takkan cuba
menjauhinya
Seadanya aku cinta
Tiada apa yang mesti
dinafikan
Kerana sesungguhnya
aku memang cinta.
Setulus. Sejujur.
Seikhlas jiwa ragaku..
Seadanya aku cinta
Aku ingin dirinya
bersamaku
Aku tak rela
berjauhan dengannya
Itulah seadanya
cintaku.
Noktah !!!
No comments:
Post a Comment