Tuesday, 5 July 2011

..bukan kupinta..

assalamualaikum..


bukan kupinta utk jatuh cinta..
jatuh cinta dengan 'dia' yg tak ingin kuakui..
kuakui cintaku hadir tanpa sepatah kata..
kata yg membuatku resah tiada bicara..
bicara sehingga menimbulkan tanda tanya..
tanda tanya yg tak mungkin bisa kujawab..
jawapan yg pastinya mengundang kecewa..

bukan kupinta utk jatuh cinta
ia kejadian tanpa dijangka..
aku hanya mampu menerima dan terus menerima..
aku tak ingin memberi..
kerana kusedar,..
pemberianku tidak dihargai..
aku tak pernah kecewa..
namun bila kecewa kualami..
aku tak akan pernah utk menghargai..
menghargai apa yg ada disisiku..
aku tak pernah takut utk menyendiri..
sendiri, aku lebih tenang..
tenang tanpa memikirkan perasaan insan lain.

aku bukan ego menyatakan cinta..
tapi aku punya harga diri..
harga diri yg mesti kujunjung tinggi..
maruah diri yg mesti kujagai..
sehingga tiada siapa yg berani...
berani membisikkan kata-kata nista padaku..

maafkan aku..
aku bukan tidak punya rasa cinta..
tapi cintaku hanya pada benar-benar yg MENGHARGAI..
menghargai aku apa adanya..
tanpa memandang serong setiap tingkah-lakuku..
insyaALLAH 'adam' itu akan hadir..
hadir utk membimbingku dgn ilmunya..

No comments:

Post a Comment