assalamualaikum..
alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan untukku teruskan sisa-sisa waktu yang berlalu ini.. walaupun sedikit terasa kurang sihat tapi masih kuat kujalani sepanjang hari ini.. alhamdulillah,Ya Allah..
Ya Allah, tak kusangka tak kuduga, aku begitu tertarik untuk mengikuti 1 cerita yang memang bisa menyentuh hati sesiapa yang menonton.. kekuatan iman, kecintaan pada Allah, pergaulan yang dijaga, sikap tanggungjawab.. subhanallah.. sungguh unik jalan ceritanya.. first time cerita indo yang mampu menitiskan mutiara jernihku.. masyaallah.. aku baru tersedar rupa-rupanya, aku lemah dalam serba-serbi, aku alpa dengan kewujudan diri dan aku angkuh akan kekuatan diri.. aku jadi benci pada diri sendiri.. benci dengan semua yang kulakukan.. benci dengan cinta yang kuberikan pada orang yang tak sepatutnya dimiliki..
bertuturlah cinta
mengucap satu nama
seindah goresan sabdamu dalam kitabku
cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Ya Allah, lalainya aku.. lalainya aku untuk memiliki cinta yang belum tentu hakku.. sepatutnya, cinta, sayang, kasih dan rinduku hanya kepunyaan-MU,.. aku lalai, Ya Allah.. lalai melindungi diriku.. lalai mempertahankan hak-MU.. berdosanya aku.. tak tertanggung kesalahanku pada-MU.. tak terhitung dosaku tanpa kusendiri sedari dalam menyintai dan dicinta.. ampunkan aku.. diri yang serba kekurangan..
bisikkan doaku
dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit..
tak kupedulikan tasbih untuk-Mu.. tak kuhiraukan semuanya.. aku hanya mahu memiliki dan dimiliki.. bongkaknya aku.. hanya untuk menguasai cinta dunia, aku alpa cinta akhirat.. subhanallah.. kejamnya aku.. aku lebih utamakan cinta yang tak menjanjikan apa-apa dari cinta-MU yang kekal abadi hingga ke syurga.. Ya Allah.. maafkan aku.. aku tak sesekali akan melupai-MU selepas ini.. cinta pada manusia sudah tidak penting untukku.. aku hanya mahu miliki cinta yang abadi bersama-MU..
ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud sukur pada-MU atas segala cinta..
aku yakin, 1 saat nanti ada cinta yang hadir.. tanpa aku sendiri menyangkanya.. aku tetap yakin pada-MU kerana segalanya telah ditentukan.. aku sujud pada-MU.. telah menyedarkan aku akan kesilapan diri.. alhamdulillah, Ya Allah.. syukur..
p/s:tgk lah cerita ketika cinta bertasbih
mesti banyak manfaat yang akan kalian perolehi
izza damia_ketika cinta bertasbih
assalamulaikum..
ReplyDeletei da tgok byk kali..
smg crta tu bg kamu pengjrn..:)