Monday, 17 October 2011

keistimewaanmu, hawa..

 assalamualaikum..


ketahuilah wanita betapa hebatnya ciptaan Allah...

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".


Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."


"Untuk apa???", tanya malaikat.



Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."


 Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,
dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu,
bahkan tertawa ketika ketakutan.


Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar 

berita kesakitan dan kematian,
tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan
dapat menyembuhkan luka.



Allah S.W.T berfirman:



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "



"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."




"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."



"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."



"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



    
*Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

        sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
            Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
             kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."




"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


                                                                                  copy and paste...

Tuesday, 11 October 2011

..tersingkap..

assalamualaikum..


rahsia hati tiada siapa yang mengetahui..
apa yang nyata dan tersembunyi 
takkan ada yang memahami..
hanya hati sendiri yang mempercayai..


anehnya hidup ini..
saat hati tiada makna sayang..
tetapi, tanpa disedari..
rahsia hati tersingkap sendiri..


aku mengaku dan terpaksa akur
pada hakikat kehidupan..
bahawa aku benar-benar menyayangi dirinya..
tiada kata-kata yang mampu kututurkan
untuk membohongi hati sendiri..
kerana sesungguhnya aku sayang 'dia'..


apa perlu kubuat???..
aku takut untuk menyayanginya..
aku risau untuk menyintainya..
aku jadi makin takut 
bila memikirkan sekiranya 'dia' tiada bersamaku..


seumur hidupku..
inilah rahsia hati yang tak mungkin kutipu
dengan mudah..
selama ini, senang kupatahkan bicara hati
mengatakan aku tidak menyayangi..
namun kini,..
aku jadi tersungkur..bila..bila..
bila aku cuba sembunyikan kebenaran..
aku dapat rasai kelemahan diri tanpanya..


sukarnya memahami hati sendiri..
tapi satu yang pasti..
aku sayangkan 'dia'..
sayang yang terlampau..
namun, sayang itu tetap
menjadi yang kedua dalam hidupku..
bila yang pertama dan utama..
telah kuserahkan sepenuhnya
buat yang ESA..


                     
                     

Friday, 7 October 2011

..untukmu, pemilik cintaku..


assalamualaikum..


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya kuingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. oleh itu, ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak, 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya kuingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka kumohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, takkan beraniku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 


Ingatlah, tak selamanya aku akan kelihatan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti ..Insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian kuharus menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit dan kutahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin kumengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak,,


Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana kumembangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang kuperlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kita kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana kuingin menyakitinya, tapi kadang-kala aku kehilangan idea untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu kutahu kamu selalu menghargai semua yang kulakukan untuk kalian dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita. kau tahu, aku akan turut merasakan ribuan kali kesakitan dari cubitan yang kuberikan padanya. malah, aku berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.,,

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang-kala aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke Jannah-Nya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku,, 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. 
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. yang sentiasa mengharapkan kasih sayang darimu......

aku tak mengharapkan apa-apa darimu.. cuma satu pintaku.. sayangi, cintai dan rindui aku kerana-NYA.
Kerana disitulah sebenarnya terletak sayang dan cintamu untukku..setialah di sampingku untuk mendidikku, merawatku mungkin juga menjadi pendamping diriku untuk setiap masa..aku hanya aku..
perempuan biasa, akan tetap jadi gadis biasa..namun satu saat aku akn menjadi wanita yang luar biasa bila sayangku untukmu tidak melebihi sayangku untuk yang maha ESA..insyaallah..


                                       copy n paste serta tokok tambah ideaku..

Thursday, 6 October 2011

ingin bersama!!

assalamualaikum..


apa terjadi padaku??
lemah tiba-tiba bila tidak bersua dengannya
sakit dirasai bila tidak bersamanya..
kenapa aku jadi seperti ini??


adakah ini yang dinamakan cinta??
perasaan ingin memiliki dan dimiliki
begitu kuat menyapa sanubari..
mengapa aku jadi sangat memerlukannya??


Ya Allah..
sukarnya untuk aku memahami kehendak sendiri..
bila hati ingin memilikinya tapi..
akal menolak keras keinginan hati..


sememangnya, aku takut untuk jatuh cinta lagi..
cinta bagi aku satu kemahuan hati yang tiada terperi..
rasa ingin selalu disampingnya..
rasa tidak mahu berpisah dengannya..


aku tahu, ini satu ujian bagiku..
dugaan yang mesti kutempuhi..
untuk saat-saat mendatang..
bila dirinya tiada disisi..


Ya Allah,..
sejujurnya aku menyayanginya..
sayang yang hadir ini sering menganggu konsentrasiku..
aku jadi takut untuk terus menyayanginya..


Ya Allah,..
seandai dirinya tercipta untukku..
KAU dekatkanlah hatinya dan hatiku..
KAU permudahkanlah perjalanan hidupnya denganku.
KAU jauhilah segala kepayahan untuk kami bersatu..
kerana sesungguhnya aku amat menyayanginya..
aku harap, sayangku padanya tidak melebihi sayangku untuk-Mu..


Ya Allah,..
aku mohon pada-Mu..
izinkan aku untuk menjadi pendamping hidupnya..
berikan aku peluang untuk terus bersamanya..
dan pastikanlah aku dan dirinya bersatu..
bersatu dalam erti kata yang sebenar-benarnya..
hubungan yang halal dan suci disisi-Mu..

Tuesday, 4 October 2011

,,tiba-tiba..

assalamualaikum..


tiba-tiba aku rasa sesuatu perasaan asing..
yang muncul dalam hatiku..
untuk mengingati seseorang..
merindui dirinya..
aku jadi takut.. 
takut kali ini aku tetap kecundang..


Ya Allah,
apa yang mesti kulakukan..
agar jiwaku tidak gelisah..
perasaanku tidak gundah..
ingatanku tidak stabil..
aku jadi nanar bila 'rasa' itu..
menyuntik hati..
merobek sanubari..


ujian apa kali ini.. 
aku lemah tiada daya..
aku kosong tanpanya..
anehnya hidup ini..
saat aku mengatakan tidak..
namun, hati tak mampu kubohongi..


pertemuan tak disengaja..
perbualan yang tak dijangka..
telah menemukan aku denganmu..
pertemuan demi pertemuan..
aku jadi keliru..
kenakalanmu mencuri perhatianku..
keramahanmu menyenangkanku..
sikapmu yang tiada rasa malu,
mengzahirkan senyuman dibibirku..


Ya Allah..
apakah kali ini aku mesti..
lembutkan hati..
ketepikan ego..
entahlah, aku tiada daya 
untuk memikirkannya..