assalamualaikum..
apa terjadi padaku??
lemah tiba-tiba bila tidak bersua dengannya
sakit dirasai bila tidak bersamanya..
kenapa aku jadi seperti ini??
adakah ini yang dinamakan cinta??
perasaan ingin memiliki dan dimiliki
begitu kuat menyapa sanubari..
mengapa aku jadi sangat memerlukannya??
Ya Allah..
sukarnya untuk aku memahami kehendak sendiri..
bila hati ingin memilikinya tapi..
akal menolak keras keinginan hati..
sememangnya, aku takut untuk jatuh cinta lagi..
cinta bagi aku satu kemahuan hati yang tiada terperi..
rasa ingin selalu disampingnya..
rasa tidak mahu berpisah dengannya..
aku tahu, ini satu ujian bagiku..
dugaan yang mesti kutempuhi..
untuk saat-saat mendatang..
bila dirinya tiada disisi..
Ya Allah,..
sejujurnya aku menyayanginya..
sayang yang hadir ini sering menganggu konsentrasiku..
aku jadi takut untuk terus menyayanginya..
Ya Allah,..
seandai dirinya tercipta untukku..
KAU dekatkanlah hatinya dan hatiku..
KAU permudahkanlah perjalanan hidupnya denganku.
KAU jauhilah segala kepayahan untuk kami bersatu..
kerana sesungguhnya aku amat menyayanginya..
aku harap, sayangku padanya tidak melebihi sayangku untuk-Mu..
Ya Allah,..
aku mohon pada-Mu..
izinkan aku untuk menjadi pendamping hidupnya..
berikan aku peluang untuk terus bersamanya..
dan pastikanlah aku dan dirinya bersatu..
bersatu dalam erti kata yang sebenar-benarnya..
hubungan yang halal dan suci disisi-Mu..
No comments:
Post a Comment