assalamualaikum..
rahsia hati tiada siapa yang mengetahui..
apa yang nyata dan tersembunyi
takkan ada yang memahami..
hanya hati sendiri yang mempercayai..
anehnya hidup ini..
saat hati tiada makna sayang..
tetapi, tanpa disedari..
rahsia hati tersingkap sendiri..
aku mengaku dan terpaksa akur
pada hakikat kehidupan..
bahawa aku benar-benar menyayangi dirinya..
tiada kata-kata yang mampu kututurkan
untuk membohongi hati sendiri..
kerana sesungguhnya aku sayang 'dia'..
apa perlu kubuat???..
aku takut untuk menyayanginya..
aku risau untuk menyintainya..
aku jadi makin takut
bila memikirkan sekiranya 'dia' tiada bersamaku..
seumur hidupku..
inilah rahsia hati yang tak mungkin kutipu
dengan mudah..
selama ini, senang kupatahkan bicara hati
mengatakan aku tidak menyayangi..
namun kini,..
aku jadi tersungkur..bila..bila..
bila aku cuba sembunyikan kebenaran..
aku dapat rasai kelemahan diri tanpanya..
sukarnya memahami hati sendiri..
tapi satu yang pasti..
aku sayangkan 'dia'..
sayang yang terlampau..
namun, sayang itu tetap
menjadi yang kedua dalam hidupku..
bila yang pertama dan utama..
telah kuserahkan sepenuhnya
buat yang ESA..
No comments:
Post a Comment