Thursday, 29 March 2012

..sejernih hati..

assalamualaikum

sukarnya untuk mengetahui rahsia yang dipendam
sulit untuk dijelaskan apa keinginan yang terpadam
dulu, ia bagaikan fantasi yang harapkan realiti
kini, realiti tidak mungkin sesekali kembali pada fantasi

jiwa yang celaru umpama menagih simpati yang entah siapa sudi memberi
perasaan yang sengsara entah bila kan kembali sinarai hati
jasad yang rebah entah bila mampu berdiri 
semangat yang hilang entah bagaimana harus dicari lagi

lelah kumelangkah
letih kuberlari
penat kuberdiri
dirinya kukejari
tetap jua sama tiada siapa yang sudi 

bagaimana harus kunyatakan lagi
kekecewaan diri sendiri
seandainya diri masih jua tiada pengertian yang abadi
sanubari tertutup rapi
mata hati tergaris memori lalu hingga terbit
titisan jernih yang mengekori malam-malam kelamku

di siniku-tm

Sunday, 25 March 2012

!!! pelengkap hidupku !!!

assalamualaikum

keriangan mengindahkan suasana sepi ini
gelak ketawa menghidupkan lagi dingin pagi 
cebisan rindu yang terselindung kukuh ini
sedikit-sedikit kutepis agar diam sunyi

PELENGKAP HIDUPKU


lirik lagu ini bersama pagi ini.. liriknya yang buatkan rasa diperlukan memang menyentuh hati

pelengkap hidupku..


aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum, canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu


teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temaniku sepanjang hari


bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu


peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini harungi malam
karena hanya dirimu belahan jiwa
pelengkapku di dunia
akiz

Wednesday, 21 March 2012

..suara hati..

assalamualaikum.

suara hati
tika ia terpanggil ingin berbicara tiada siapa yang mengerti
kemahuannya mesti dituruti, dituruti agar tidak dilukai
bila hati berbicara tiada apa yang boleh dibohongi
tiada bibir yang dapat menipu rahsia hati

suara hati
terkinja-kinja ingin meluahkan bicara hati
rahsia yang selama ini wujud tiada siapa yang mengetahui
hanya diri dan hati yang fahami rahsia hati
entah bagaimana harus dinyatakan rasa hati 
andainya masih ada tidak memahami

suara hati
menjerit-jerit ingin meluahkan kata
mengungkapkan kata hati yang tersimpan rapi
pada dia si pujaan nurani
agar dia bisa mengerti keinginan hati
yang perlukannya setiap hari

suara hati
tak mampu kusembunyi lagi
bila ia benar-benar merindui
merindui insan yang tak mungkin dimiliki
deritanya hati bila rahsia hati terbongkar, terdedah
tanpa diri sendiri sedari.

suara hati
aku yang menyayangi, aku yang menyintai
namun, kerana terlalu leka
hati dicalarkan dengan sedikit ujian
yang belum tentu kuhadapi..
suara hati..
dengarlah..rahsia hati
yang merindui pujaan hati..

Thursday, 15 March 2012

..kesedaran yang indah..

assalamualaikum

kisah kita sudah berakhir. noktah. tiada apa yang tinggal sekarang.
hanya kenangan-kenangan yang bisa ingatinya. biarlah. itu lebih baik 
dari menanggung seksa yang amat perit. betullah kata orang:

 "sayangi seseorang yang sayangi kita, bukannya kita yang bagai
nak rak sayangkan dia".

ungkapan itu umpama terkena batang hidungku sendiri. perit.
sesungguhnya, betul apa yang dikatakan, sayang yang kita
berikan jika tidak dihargai, ia tak kan berkembang 
dengan baik. sedarlah..alhamdulillah.. kesedaranku masih belum terlewat.
terlewat untuk menyedari masih ada yang menyayangiku seikhlas hati.
alhamdulillah. mungkin ini petunjuk dari-MU untukku.. alhamdulillah..
akan aku buangkan perasaan sayang dan cinta ini pada yang tidak berhak.
kan ku kembali menjadi diriku sendiri. 
yang hanya mencintai Allah, merindui Rasulullah
mengasihi kedua ibu ayahku. alhamdulillah.. tidak terucap rasa
syukurku.. semuanya sudah berakhir..
kisah kita telah berakhir. berakhir. walaupun masih ada sayang dihati.
namun, kan ku cuba sedaya upaya untuk melupakan, membuangnya
jauh dari anganan yang merosakkan akalku,
cukuplah sekali aku merasai kesakitan itu.
takkan sesekali aku biarkan diriku lalai..
lalai dengan cinta yang dinyatakan.. biarlah aku terus menyendiri
jika itu lebih baik, jika itu lebih menenangkanku.
alhamdulillah.. sayang ini hanya pada DIA yang berhak.
Ya Allah, jagalah cintaku pada -Mu agar tidak melebihi 
cintaku pada makhluk ciptaan-MU. amin.

Sunday, 11 March 2012

...subhanaallah...

assalamualaikum

detik bermula, masa bergerak
perasaan hati tetap jua kekal
masih menyayanginya
masih juga merinduinya

subhanaallah, aku menyintainya
subhanaallah, aku menyayanginya
subhanaallah aku merinduinya
subhanaallah, kekalkan rahsia hatiku
sehingga selamanya..

subhanaallah, aku perlukannya
subhanaallah, aku inginnya
subhanaallah, biarkan aku bersamanya
untuk menjaga serta merawatnya semampuku.

subhanaallah, aku benar-benar menyintainya
subhanaallah, aku betul-betul menyayanginya
subhanaallah, aku  terlalu merinduinya
subhanaallah, temukanlah aku dengannya..

subhanaallah, aku menyintainya..
subhanaallah..aku perlukannya.
jagalah cinta ini agak sentiasa menjadi miliknya
Ya Allah..

(subhanaallah,)

Wednesday, 7 March 2012

..dugaan ilahi..

assalamualaikum

hidup perlukan pengorbanan
sejauh mana kita melangkah
pasti ada pengorbanan yg mesti dilakukan
pengorbanan yang suci pasti lahir dari hati
tanpa meminta simpati

hidup mesti ada kesakitan
kesakitan menghadapi perjuangan
kesakitan mengharugi dugaan
kesakitan yang membangkitkan harapan.

hidup hadirnya percintaan
percintaan yang memberi masa depan
percintaan yang menganugerahkan kasih sayang
percintaan yang kadang-kala merosakkan fikiran

hidup adanya sengsara
sengsara melepaskannya
sengsara mengenangkannya 
sengsara untuk melupainya

hidup munculnya dusta
pandai bermain kata
hati tercalit luka 
bila diri diminta menjauhi 
sedangkan masing-masing masih menyintai..
atas desakkan direbut tanpa sedikit simpati
kejamnya.

hidup bertambah bahagia
bila tiada dendam dihati
bila kembali pada cinta illahi
bila sedar takdir diri

hidup akan terus indah
bila hidup dikurniakan kekuatan
dianugerahkan kesabaran
kerana yakin kan dimiliki.

keboringan menghimpit hati..
..sy nk blik..:-(