assalamualaikum.
suara hati
tika ia terpanggil ingin berbicara tiada siapa yang mengerti
kemahuannya mesti dituruti, dituruti agar tidak dilukai
bila hati berbicara tiada apa yang boleh dibohongi
tiada bibir yang dapat menipu rahsia hati
suara hati
terkinja-kinja ingin meluahkan bicara hati
rahsia yang selama ini wujud tiada siapa yang mengetahui
hanya diri dan hati yang fahami rahsia hati
entah bagaimana harus dinyatakan rasa hati
andainya masih ada tidak memahami
suara hati
menjerit-jerit ingin meluahkan kata
mengungkapkan kata hati yang tersimpan rapi
pada dia si pujaan nurani
agar dia bisa mengerti keinginan hati
yang perlukannya setiap hari
suara hati
tak mampu kusembunyi lagi
bila ia benar-benar merindui
merindui insan yang tak mungkin dimiliki
deritanya hati bila rahsia hati terbongkar, terdedah
tanpa diri sendiri sedari.
suara hati
aku yang menyayangi, aku yang menyintai
namun, kerana terlalu leka
hati dicalarkan dengan sedikit ujian
yang belum tentu kuhadapi..
suara hati..
dengarlah..rahsia hati
yang merindui pujaan hati..
No comments:
Post a Comment