Sunday, 24 June 2012

istimewanya



Assalamualaikum..

Bila hati menyatakan rindu, bibir tidak perlu bersuara untuk mengungkapkannya. Ia hadir umpama ombak yang menganas menghempas pantai. Munculnya bagaikan angin yang bertiup kencang tanpa sesiapa sedari. Ia juga menyentuh hati manusia bak hujan yang jatuh ke bumi tanpa siapa jangkakannya. Itulah rindu. Tiada siapa yang meminta untuk bergelumbang dengan perasaan itu, namun ia sering terjadi kepada insan-insan yang sedang bercinta. Tak kira cintanya pada yang Esa, Rasulullah, keluarga ataupun sang kekasih. Rindu itu sangat mengasikkan bila ia benar-benar disemai dengan acuan yang sempurna. Tiada kata-kata yang mampu memaknakan ‘RINDU’ sebenarnya. Ia bergantung kepada insan itu sendiri.

“ Saya rindu awak. Macam mana saya nak hadapi empat, lima bulan ini tanpa bertemu dengan awak”
“ Saya pun. Rindu sangat. Tapi macam mana rindu pun awak kena selesaikan tanggungjawab awak dulu. insyaALLAH, moga empat, lima bulan ni masa bergerak dengan pantas”
“ Saya pun harap macam tu. Saya nak selesai cepat-cepat study. Lepas tu, insyaALLAH kerja dan masuk pinang awak jadi isteri saya yang sah”
“Aamiin. Moga Allah mendengar dan memahami keinginan kita, awak. Saya tunggu awak”

Bila kata-kata rindu antara pasangan kekasih. Itulah jadinya..janji-janji manis akan termeterai. Mengharapkan pertolongan dari-NYA untuk menyatukan dua hati. Hati yang sepi ingin mencari pelengkapnya yang mampu menemani kala susah senang, menenangkan tika dilanda gelisah, menghiburkan waktu suram, tempat bersandar saat letih, serta tempat merajuk untuk dipujuk.. anehnya rindu.

      “Awak, saya rindu awak sangat”
“Awak, sabar ya. Saya punya rasa yang sama dengan awak. Kita tak boleh lalai dengan perasaan ini, nanti kita yang akan kecundang”
“Saya tahu awak. Kadang-kadang saya tak mampu nak kawal perasaan saya bila rindukan awak. Awak pun mesti fahamkan?? Sakitnya bila ingatkan seseorang yang kita sayang tapi susah untuk jumpa”
“Saya faham, awak. Sakit dan perit. Macam yang kita rasa sekarang. Sakit bila merindui awak. Perit bila rindu itu tak boleh ditukar dengan wajah awak”

Anehnya rindu. Asyiknya bisa menyentuh sanubari. Kegilaannya bisa merosakkan akal waras. Rindu ini bagaikan aiskrim yang akan cair, cair dan terus mencair bila ia tidak diletakkan ditempat beku. Macam itulah rindu. Saat kita berjauhan dengannya, pasti rindu itu membuak-buak mengenangkannya. Namun, saat berpandangan dengannya, rindu itu kembali sejuk menyentuh hati dan memori bersama dengannya pasti terpahat indah.

      “Dua hari lagi saya dah nak pergi ke Bukit Mertajam L
      “Ya Allah, awak dah nak pergi saya tak sempat nak jumpa awak L
      “Sayang, saya dah blurr tak tahu nak buat macam mana? Nanti awak pergi Bukti
Mertajam ya, jumpa family saya, mak saya”
“Awak, saya segan lah nak jumpa family awak”
“Awak nak malu apa, dorang semua tu bakal adik beradik ipar awak jugak kan?”
“Tapi awak, tu untuk dua tahun lagi. Sekarang saya segan lah. Memang lah saya teringin nak jumpa family awak, nak kenal mereka tapi susah bila saya ada rasa segan ni ;-)”

Pemergiaannya yang sekejap itu akan menerbitkan rindu yang tiada kesudahan dalam diri ini. Rindu itu terus membakar diri hari demi hari tanpa aku jemu untuk menikmatinya. Rindu itu nikmat sebenarnya. Nikmatnya hanya dialami oleh insan-insan tertentu yang tahu menghargai perasaan indah yang lahir dari hati nurani yang tanpa sesiapa sedari. Uniknya rasa rindu itu. Apabila ianya menyentuh hati tanpa sekelumit petanda. Rindu ini akan muncul sendiri untuk merindui seseorang yang berjaya menerajui hati kecil itu. Rindu itu akan ada bila kita mengingati seseorang. Tak kira mengenalinya pada rupa atau namanya sahaja. Uniknya rindu itu. Datangnya tiba-tiba. Tiba-tiba dirasai sesungguh hati. Umpama saat ini, aku rindukannya. Mengingatinya, ingin melihat matanya.

      “Sayang, saya rindu awak. Rindu sangat”
      “Saya pun. Rindu awak. Rindu yang sangat-sangat”

Coretan daripada ‘messages’nya menyatakan rahsia hati. Tak cukup dengan mesej, panggilannya makin mensyahdukan hatiku. Tak tertahan apa yang tersembunyi dalam hati. Tika berbual, bergurau senda perkataan ‘RINDU’ itu kian terasa. Ini yang kurasakan: ‘AWAK, SAYA MENANTI HATI KITA AKAN BERSAMA BERDUA UNTUK SELAMANYA HINGGA AKHIR HAYAT’…

Catatan hati merindu.. copy & paste..

Friday, 15 June 2012

...memories...


assalamualaikum..
Jari-jari terus berlari..berlari mencoret kisah cinta yang mengharapkan keredhaan dari-NYA. Harapan ini menjadi penyatuan antara dua hati, dua keluarga yang mengharapkan ikatan yang memberikan kebahagiaan yang diimpikan. The best word I can’t forget..

“ Saya hepi sangat bersama dengan awak. Saya dapat rasa kasih sayang awak yang takkan saya dapat dari perempuan lain. Ketahuilah, awak telah pun menjadi pelengkap kepada hidup saya”

“ and I hepi too..when I know you..when I see your eyes.. cumell sangat. Saya suka mata awak. Mata awak menggambarkan kebahagiaan awak. Saya akan cuba bahagiakan awak.. insyaALLAH, dengan izin-NYA..”

“ Awak betul-betul bahagia dengan saya??”

“aduh, apa awak tanya ni? Awak tak percayakan apa yang saya rasa pada awak?”

“ bukan saya tak percaya tapi saya tengok awak macam main-main je dengan saya”

“hah?main-main?awak, bila masa perlu serius, saya akan serius. Sekarangkan kita tengah dalam situasi tak formal tau.. :-) awak, saya dah pertaruhkan hati saya untuk awak. Saya harap awak hargainya, jaganya baik-baik ok J

“ macam nie lah.. that’s my girl”…

Kelihatan si jejaka begitu menyayangi. Segala curahan perasaannya dinyatakan agar si dia memahami apa yang dirasai. Indahnya cinta bila saling menyayangi. Lagi bertambah indah bila hati sang pencinta lebih menyintai Maha Pencipta.. aku harapkan cinta, sayang, rindu yang dikurniakan kali ini lebih bermakna dengan ada-NYA dihati kami.

      “ cincin ni tanda awak milik saya”

      “oppsss, maknanya saya tak boleh tanggalkan cincin ni ek?”

      “ boleh sayang tapi awak kena ingat yang awak milik saya.”

      “ InsyaALLAH. Pasti..thanks dear. Saya tahu. Saya milik awak dan awak miliki saya..hehe "

Cincin tanda itu.. akan bersamaku.. biarpun pada hakikatnya cincin itu sememangnya milikku. Ia bagaikan simbolik milikmu yang diverikan untukku. Ia cincin sementara yang dirinya pinjam dariku sebelum betul-betul menyarungkannya bila tiba saatnya kelak. Kerenah bercinta ternyata banyak ragamnya. Kadang-kadang menghiburkan.

      “ saya nak tanya awak lah. Emmm.. macam mana ya dalam ramai girls malam tu awak nak kenal dengan saya?”

“hahaha.. sebab saya tengok awak senyum comell sangat. Saya suka tengok awak senyum. Pastu plak, awak kecil je antara girls yang lain.”

“ tapikan, saya rasa masa tu saya yang paling tak betul sikit antara dorang semua. Saya kacau-kacau kawan saya.”

“memang pun. Tapi saya tetap nak kenal awak. Saya ni jenis pemalu. Nasib baik lah ada kawan saya yang tolong kenalkan kita.”

Itulah antara pertanyaan yang sering menggelikan hatiku. Aku pun jadi aneh. Kenapa dirinya ingin mengenaliku. Sedangkan aku tahu sangat, masa pertemuan tu, aku yang paling giler-giler. Tak habis-habis dengan sikap aku yang suka kenakan orang. Entah macam mana agaknya rupa aku masa tu yang membolehkan dirinya tertarik. J

      “ Akhirnya, awak tinggalkan saya juga. L

“Awak, saya hanya tinggalkan hanya untuk sementara waktu je bukan untuk selama-lamanya.”

“tapi, awak tetap tinggalkan saya L

“sayang, ikutkan hati saya, saya tak nak berjauhan dengan awak. Saya risau tinggalkan awak. Berat hati saya nak biarkan awak di sini. L Awak fahamkan?”

“saya faham. Maafkan saya sebab dah susahkan awak. Nanti awak jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal di sana.”

“Insya ALLAH. Awak pun sama. Makan on time k. jangan nak diet-diet bagai. Taknak kurus-kurus. J

“ya..ya..saya tak diet dah..”

Tinggal?? Semua insan takut, ngeri mendengar kata itu. Tak terkecuali diri aku. Memang aku takut. Walaupun kutahu dirinya hanya pergi seketika. Hatiku yang meronta-ronta ingin mendengar bicaranya sendiri. Ya Rabbi, tolong jagakan hubungan kami. Kekalkan kami dalam cahaya keimanan-MU. Aamiin.     

Catatan kasih..dari sumber2 tertentu..

Thursday, 14 June 2012

.... alkinku...


Assalamualaikum

Perpisahan? Berpisah? Adakah punya makna yang seiras? Tiada apa yang akan dilakarkan. Hanya abjad-abjad kosong yang memahami. Perpisahan sememangnya satu perkataan yang mengerikan bagi hamba cipta Illahi. Namun, yang menakutkan itu selalunya sering terjadi tanpa amarah jua petanda. Perpisahan kali ini mungkin hanya untuk beberapa bulan yang akan datang.. biarpun begitu, keperitannya masih kurasai. Aku tak suka bila orang yang menyayangi dan disayangi meninggalkan aku.. namun, inilah permainan takdir-NYA.. kita hanya merancang tapi Allah S.W.T jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA..

Berpisah?? Berjauhan seketika kerana punya tuntutan yang perlu dilaksanakan. Pokok, awan, rumput-rumput yang kehijauan ditaman itu menjadi saksi kita berpisah hari ini.. untuk sebentar sahaja tapi kesannya amat mendalam dalam hati.. sayu, sunyi, sepi bermukim dalam hati. Tak kupamerkan, tak kulafazkan.. aku cuma melihat. Tiada tangisan, tiada airmata.. Wajahmu menyatakannya.. aku mesti kuat.. aku tak boleh tunjukkan kelemahan itu depannya.. biar aku yang rasa asalkan dirinya tidak resah akan situasiku.. pertanyaan yang akan kanku ingati:

      “Awak, tak sedih ke?”..
      “Takde r..saya biasa je..kena cool..”

Namun, siapa yang tahu sendu dihatiku.. Ya Allah., lagu yang berkumandang kini membuatkan aku mengingatinya ‘if tomorrow never come’.. I love you most than you love me!!! Take me into your heart, baby.. and I’ll still here if you need me.. if tomorrow never come,.. but I hope tomorrow, I can love him more than today and yesterday…hehehe.. take me to your heart, take me to your dream, take me to your life and take me to your soul..

      “Awak, awak sayang saya tak?”
      “Tak. Saya tak sayang awak pun. Kenapa?”..
      "Emmm??? sampai hati awak.." bersama matanya yang cute sambil mengecil di depanku..

Kenapa sering kali dirinya bertanyakan soalan yang dia sendiri sudah ketahui jawapannya. Aku jadi kelam kabut untuk memberi jawapan.. Awak, mestilah saya sayang awak. Takkan awak tak faham lagi. Isyyy.. Awak, suka saya tak???.. ni aku ambik ayat dari novel je. Sebab rasa macam best je ayat-ayatnya “AWAK SUKA SAYA TAK?”. Aku dah mula ingat dia.. Ya Allah...kuatkan hatiku, tabahkan hatiku dalam menghadapi detik-detik ‘berpisah’ ini..

      “Sayang, dua tahun lagi saya akan pastikan awak jadi isteri saya..”
      “Ya ke?..entah-entah dua tahun lagi awak dah lupakan saya..:-(“
      “InsyaALLAH, saya akan tunaikan.. dua tahun lagi saya akan tunaikan..”
      “Aamiin.. MOga Allah, mendengar bisik hati kita, awak. Saya akan tunggu awak.Cuba untuk menyintai Awak dengan izin-NYA.. “

Ya Allah.. makbulkan kata-kata kami. Hanya pada-MU, kami meminta kerana sesungguhnya KAU Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, aku bersyukur dengan hidayah-MU. Jagalah hatiku, lindungilah imanku, jauhilah bisikan syaitan yang durjana merajai hatiku. Ya Allah, sesungguhnya aku alpa tanpa pertolongan-MU. Aku sudah cukup menderita dengan pengalaman lalu..

      “ Pen ni, saya akan guna untuk sign surat perkahwinan kita. :-) ”
      “ So, awak kena lah jimat guna dakwat pen tu..nak tunggu dua tahun lagi tu.. J

Pemberian itu tanda bermulanya satu perhubungan yang menunggu restu dari DIA serta kedua-dua ibu bapa kami. Aku harap ini yang terakhir dan yang mampu mengantikan kekosongan yang hilang. Mungkin semua menyangka, aku terlalu cepat memberi HATI pada yang tak pasti. Tapi aku cuba menyayangi orang yang menyayangiku kerana aku yakin akan HATIku.. aku boleh menyayangi orang yang ikhlas serta menghargaiku..

p/s; ini hanya rekaan semata-mata..

Friday, 8 June 2012

..if tomorrow never come..

assalamualaikum


salam dihulur pengganti diri
buat tatapan kenalan sejati
tiada kupinta sedikit simpati
harap kalian terus menemani


..if tomorrow never come..
the best song that someone dedicate 4 me..

jika hari esok tiada lagi
aku harap tika ini aku diberi peluang menyintainya
aku minta saat ini aku menyayanginya..

terima kasih..
selalu temani aku
bersamaku tika susah senang
insyaAllah, aku doakan..
moga DIA satukan kita dalam ikatan direstui-NYA
insyaAllah.. andai esok masih milikku
kan kutemui orang tuamu..
untuk nyatakan persetujuanku..
aamiin..



so tell that someone that you love
just what you're thinking of
if tomorrow never comes
i'm promise , i always love you
do you know how much i love you today?

akiz_nhk_alkin