Sunday, 24 June 2012

istimewanya



Assalamualaikum..

Bila hati menyatakan rindu, bibir tidak perlu bersuara untuk mengungkapkannya. Ia hadir umpama ombak yang menganas menghempas pantai. Munculnya bagaikan angin yang bertiup kencang tanpa sesiapa sedari. Ia juga menyentuh hati manusia bak hujan yang jatuh ke bumi tanpa siapa jangkakannya. Itulah rindu. Tiada siapa yang meminta untuk bergelumbang dengan perasaan itu, namun ia sering terjadi kepada insan-insan yang sedang bercinta. Tak kira cintanya pada yang Esa, Rasulullah, keluarga ataupun sang kekasih. Rindu itu sangat mengasikkan bila ia benar-benar disemai dengan acuan yang sempurna. Tiada kata-kata yang mampu memaknakan ‘RINDU’ sebenarnya. Ia bergantung kepada insan itu sendiri.

“ Saya rindu awak. Macam mana saya nak hadapi empat, lima bulan ini tanpa bertemu dengan awak”
“ Saya pun. Rindu sangat. Tapi macam mana rindu pun awak kena selesaikan tanggungjawab awak dulu. insyaALLAH, moga empat, lima bulan ni masa bergerak dengan pantas”
“ Saya pun harap macam tu. Saya nak selesai cepat-cepat study. Lepas tu, insyaALLAH kerja dan masuk pinang awak jadi isteri saya yang sah”
“Aamiin. Moga Allah mendengar dan memahami keinginan kita, awak. Saya tunggu awak”

Bila kata-kata rindu antara pasangan kekasih. Itulah jadinya..janji-janji manis akan termeterai. Mengharapkan pertolongan dari-NYA untuk menyatukan dua hati. Hati yang sepi ingin mencari pelengkapnya yang mampu menemani kala susah senang, menenangkan tika dilanda gelisah, menghiburkan waktu suram, tempat bersandar saat letih, serta tempat merajuk untuk dipujuk.. anehnya rindu.

      “Awak, saya rindu awak sangat”
“Awak, sabar ya. Saya punya rasa yang sama dengan awak. Kita tak boleh lalai dengan perasaan ini, nanti kita yang akan kecundang”
“Saya tahu awak. Kadang-kadang saya tak mampu nak kawal perasaan saya bila rindukan awak. Awak pun mesti fahamkan?? Sakitnya bila ingatkan seseorang yang kita sayang tapi susah untuk jumpa”
“Saya faham, awak. Sakit dan perit. Macam yang kita rasa sekarang. Sakit bila merindui awak. Perit bila rindu itu tak boleh ditukar dengan wajah awak”

Anehnya rindu. Asyiknya bisa menyentuh sanubari. Kegilaannya bisa merosakkan akal waras. Rindu ini bagaikan aiskrim yang akan cair, cair dan terus mencair bila ia tidak diletakkan ditempat beku. Macam itulah rindu. Saat kita berjauhan dengannya, pasti rindu itu membuak-buak mengenangkannya. Namun, saat berpandangan dengannya, rindu itu kembali sejuk menyentuh hati dan memori bersama dengannya pasti terpahat indah.

      “Dua hari lagi saya dah nak pergi ke Bukit Mertajam L
      “Ya Allah, awak dah nak pergi saya tak sempat nak jumpa awak L
      “Sayang, saya dah blurr tak tahu nak buat macam mana? Nanti awak pergi Bukti
Mertajam ya, jumpa family saya, mak saya”
“Awak, saya segan lah nak jumpa family awak”
“Awak nak malu apa, dorang semua tu bakal adik beradik ipar awak jugak kan?”
“Tapi awak, tu untuk dua tahun lagi. Sekarang saya segan lah. Memang lah saya teringin nak jumpa family awak, nak kenal mereka tapi susah bila saya ada rasa segan ni ;-)”

Pemergiaannya yang sekejap itu akan menerbitkan rindu yang tiada kesudahan dalam diri ini. Rindu itu terus membakar diri hari demi hari tanpa aku jemu untuk menikmatinya. Rindu itu nikmat sebenarnya. Nikmatnya hanya dialami oleh insan-insan tertentu yang tahu menghargai perasaan indah yang lahir dari hati nurani yang tanpa sesiapa sedari. Uniknya rasa rindu itu. Apabila ianya menyentuh hati tanpa sekelumit petanda. Rindu ini akan muncul sendiri untuk merindui seseorang yang berjaya menerajui hati kecil itu. Rindu itu akan ada bila kita mengingati seseorang. Tak kira mengenalinya pada rupa atau namanya sahaja. Uniknya rindu itu. Datangnya tiba-tiba. Tiba-tiba dirasai sesungguh hati. Umpama saat ini, aku rindukannya. Mengingatinya, ingin melihat matanya.

      “Sayang, saya rindu awak. Rindu sangat”
      “Saya pun. Rindu awak. Rindu yang sangat-sangat”

Coretan daripada ‘messages’nya menyatakan rahsia hati. Tak cukup dengan mesej, panggilannya makin mensyahdukan hatiku. Tak tertahan apa yang tersembunyi dalam hati. Tika berbual, bergurau senda perkataan ‘RINDU’ itu kian terasa. Ini yang kurasakan: ‘AWAK, SAYA MENANTI HATI KITA AKAN BERSAMA BERDUA UNTUK SELAMANYA HINGGA AKHIR HAYAT’…

Catatan hati merindu.. copy & paste..

No comments:

Post a Comment