Assalamualaikum
Perpisahan? Berpisah? Adakah punya makna yang seiras? Tiada
apa yang akan dilakarkan. Hanya abjad-abjad kosong yang memahami. Perpisahan sememangnya
satu perkataan yang mengerikan bagi hamba cipta Illahi. Namun, yang menakutkan
itu selalunya sering terjadi tanpa amarah jua petanda. Perpisahan kali ini
mungkin hanya untuk beberapa bulan yang akan datang.. biarpun begitu,
keperitannya masih kurasai. Aku tak suka bila orang yang menyayangi dan
disayangi meninggalkan aku.. namun, inilah permainan takdir-NYA.. kita hanya
merancang tapi Allah S.W.T jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk
hamba-NYA..
Berpisah?? Berjauhan seketika kerana punya tuntutan
yang perlu dilaksanakan. Pokok, awan, rumput-rumput yang kehijauan ditaman itu
menjadi saksi kita berpisah hari ini.. untuk sebentar sahaja tapi kesannya amat
mendalam dalam hati.. sayu, sunyi, sepi bermukim dalam hati. Tak kupamerkan,
tak kulafazkan.. aku cuma melihat. Tiada tangisan, tiada airmata.. Wajahmu menyatakannya.. aku mesti kuat.. aku
tak boleh tunjukkan kelemahan itu depannya.. biar aku yang rasa asalkan dirinya
tidak resah akan situasiku.. pertanyaan yang akan kanku ingati:
“Awak, tak
sedih ke?”..
“Takde
r..saya biasa je..kena cool..”
Namun, siapa yang tahu sendu dihatiku.. Ya Allah., lagu
yang berkumandang kini membuatkan aku mengingatinya ‘if tomorrow never come’.. I
love you most than you love me!!! Take me into your heart, baby.. and I’ll still
here if you need me.. if tomorrow never come,.. but I hope tomorrow, I can love
him more than today and yesterday…hehehe.. take me to your heart, take me to
your dream, take me to your life and take me to your soul..
“Awak, awak
sayang saya tak?”
“Tak. Saya tak sayang awak pun. Kenapa?”..
"Emmm??? sampai hati awak.." bersama matanya yang cute sambil mengecil di depanku..
Kenapa sering kali dirinya bertanyakan soalan yang dia
sendiri sudah ketahui jawapannya. Aku jadi kelam kabut untuk memberi jawapan..
Awak, mestilah saya sayang awak. Takkan awak tak faham lagi. Isyyy.. Awak, suka
saya tak???.. ni aku ambik ayat dari novel je. Sebab rasa macam best je
ayat-ayatnya “AWAK SUKA SAYA TAK?”. Aku dah mula ingat dia.. Ya Allah...kuatkan
hatiku, tabahkan hatiku dalam menghadapi detik-detik ‘berpisah’ ini..
“Sayang, dua
tahun lagi saya akan pastikan awak jadi isteri saya..”
“Ya ke?..entah-entah
dua tahun lagi awak dah lupakan saya..:-(“
“InsyaALLAH,
saya akan tunaikan.. dua tahun lagi saya akan tunaikan..”
“Aamiin..
MOga Allah, mendengar bisik hati kita, awak. Saya akan tunggu awak.Cuba untuk
menyintai Awak dengan
izin-NYA.. “
Ya Allah.. makbulkan kata-kata kami. Hanya pada-MU,
kami meminta kerana sesungguhnya KAU Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, aku bersyukur dengan hidayah-MU. Jagalah hatiku, lindungilah imanku,
jauhilah bisikan syaitan yang durjana merajai hatiku. Ya Allah, sesungguhnya
aku alpa tanpa pertolongan-MU. Aku sudah cukup menderita dengan pengalaman
lalu..
“ Pen ni,
saya akan guna untuk sign surat perkahwinan kita. :-) ”
“ So, awak
kena lah jimat guna dakwat pen tu..nak tunggu dua tahun lagi tu.. J”
Pemberian itu tanda bermulanya satu perhubungan yang
menunggu restu dari DIA serta kedua-dua ibu bapa kami. Aku harap ini yang
terakhir dan yang mampu mengantikan kekosongan yang hilang. Mungkin semua
menyangka, aku terlalu cepat memberi HATI pada yang tak pasti. Tapi aku cuba
menyayangi orang yang menyayangiku kerana aku yakin akan HATIku.. aku boleh
menyayangi orang yang ikhlas serta menghargaiku..
p/s; ini hanya rekaan semata-mata..
reka sendiri ke..best2.. dah follow blog u.. salam kenal :)
ReplyDeleteyup..reka sndiri..tangan ni gatal nak mengrang..:-)
ReplyDeletei pn dh follow blog u lau xsilap..
salam knalan kembali..:-)