Sunday, 22 July 2012

seungkap bicara...


Assalamualaikum..


“HARGAI INSAN YANG MENYAYANGI DAN MENYINTAI KITA SEPENUH HATI AGAR HATI KITA TIDAK SAKIT APABILA DITINGGALKAN’

Pernahkah kamu, kamu, kamu dan kamu semua mendengar ataupun terbaca kata-kata sedemikian. Aku bukan sahaja membaca, malah turut mendengar serta aku juga pernah mengalaminya sendiri. Bahkan pengalaman kawan-kawanku mendorong aku untuk berkongsi secebis bicara rahsia hati.

Pada pandangan aku, tak salah rasanya kita cuba untuk menyayangi orang menyintai kita. Bahkan aku rasa ia lebih bermakna daripada kita mengejar orang yang kita sayangi. Kenapa?? Sebab yang paling nyata orang yang menyintai kita akan tahu bagaimana untuk menghargai kita. Bagi aku, tak salah andainya memberi peluang dan ruang untuk orang yang menyintai kita. Untuk apa kita terus berharap pada orang yang sanggup meninggalkan kita sesuka hatinya tanpa kita menyedari apakah kesalahan yang telah kita buat sehingga tegar menghadiahkan kelukaan yang paling dalam dan pahit.

Lebih baik menghargai orang yang menyintai kita setelah kesungguhannya kita tengok sendiri, kesungguhannya kita saksikan sendiri. Kemahuannya untuk memiliki kita ternyata boleh menitiskan airmata. Orang yang menyintai kita akan menjaga hati dan perasaan kita agar tiada kesan kesakitan yang tinggal di hati kecil itu. Orang yang menyintai kita, akan terus mencadangkan agar dirinya dengan diri kita mempunyai ikatan yang diketahui keluarga sebab utamanya dirinya tak ingin kita dimiliki orang lain, supaya diri kita takkan pergi jauh darinya.  
    
      “ Awak, nanti lepas tiga bulan, kita bertunang ya?”
      “Betul ke ni, awak?”
“Betul. Saya taknak awak pergi jauh dari saya. Saya taknak kehilangan awak. Sekurang-kurangnya bila kita bertunang, awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya.”
“Saya setuju awak. Kita tunggu lepas awak selesaikan kerja awak dulu k. Saya janji awak, saya akan setia dengan awak.”

Orang yang menyintai kita, akan pastikan dan berusaha untuk menyuburkan ikatan yang ada. Saling menghormati, saling menjaga sesama sendiri, serta berjanji untuk menghargai diri masing-masing. Orang yang menyintai kita akan cuba mengenali keluarga kita supaya mengetahui apa kenakalan yang pernah kita lakukan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Bahkan, orang yang menyintai kita tanpa segan silu memperkenalkan kita sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya, kenalkan kita sebagai ‘tunang’nya, malah tak malu untuk mengaku bahawa kita bakal menjadi suri dalam hidupnya serta bakal ibu kepada anak-anaknya.

Tak salah untuk kita menyintai orang yang menyintai kita. Cintai mereka akan membuat kita berasa tenang. Cintai mereka akan menjadikan kita insan yang sempurna. Mungkin pada mulanya kita hanya sekadar menyayangi orang yang menyintai kita tetapi percayalah lama-kelamaan kita pasti akan turut membalas cintanya. Ia mungkin tidak disedari bahawa kita turut menyintai orang yang menyintai kita. Kita kan sedar, bila berjauhan dengannya kita akan gelisah, selalu tertunggu panggilan ataupun mesej ringkas darinya. Walaupun hanya sekadar kata-kata ‘hai’ yang dihantarnya boleh membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Kita jua teringat-ingat saat-saat bersama tanpa ada niat untuk melupakannya.

Tika siang melabuhkan tirainya, muncul bulan bintang menerangi malam. Detik dengannya sentiasa ada difikiran kita. Walaupun waktu itu hati kita tidak mengakui bahawa kita menyintainya. Namun, disudut hati yang terpencil, hati telah menyerah kalah dengan diri. Akhirnya, kebenaran kita menyintainya terjawab dalam hati. Bibir takkan mampu mengakui tapi hati tak mungkin dibohongi.  

      “Cuba awak teka, tu bintang ke satelit?”
      “Yang mana?”
      “Yang berkelip-kelip tu.”
      “Pasti lah bintang kan?bintang kan berkelip-kelip.”
      “Tak la awak. Yang berkelip tu satelit.”
“Apa beza bintang dengan satelit awak? Macam mana nak kenal ya? Saya tak tahu selama ni. Ingatkan bintang juga yang berkelip-kelip tu.”
“ok. Macam ni, bintang?try awak tengok yang paling kecil dan tak berkelip tu bintang. Yang berkelip satelit. Nampak tak?”
“OOO, macam tu.. baru saya tahu. Nampak-nampak awak.”

Memori dengannya pasti takkan sekalipun kita lupakan. Tiap kali siang bertukar malam, pasti mata kita akan mendongkak ke dada langit untuk melihat bintang serta satelit yang ada. Sedangkan dengan cara itu, kita cuba mengurangkan rindu untuknya, orang yang menyintai kita.....


Sunday, 1 July 2012

...cun, cantik, lawa, manis, ayu, comel...




Assalamualaikum..

Cun? Cantik? Comel? Ayu? Manis? Lawa? Apakah punya maksud yang berlainan ya? Aku pun tak berapa pasti tentang istilah-istilah ini. Bagi aku, ia punya pengertian yang berbeza. Mungkin ini pandangan masing-masing. Kadang-kala perkataan ini akan keluar sendiri dari bibir seseorang bila ada sesuatu yang boleh dilafazkan dengan perkataan tersebut. Ia juga tanpa dijangka. Keluarnya secara spontan macam ‘super spontan’ tu. Begitu juga dengan istilah itu.
Pada aku, ‘cun’ itu dilihat pada gaya percakapannya. Saat bibir mengeluarkan bicara, petah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ulas bibirnya akan menuturkan kata-kata yang baik, sopan dan sedap untuk didengar. Gurauannya tidak menyentuh hati sesiapa. Layanannya pada kanak-kanak yang akan membuatkan dirinya boleh dilabelkan ‘cun’ oleh orang-orang yang menyedari akan kewujudannya. Pertama kali orang itu melihat, ‘cun’ mesti terlahir dihati lantas terzahir di bibir. Macam situasi ini yang kusaksikan sendiri.

          “Cun nya dia..Babai”
          “Hah??”

Anehkan? Sedangkan insan itu tidak mengenali pun orang yang digelarkan ‘cun’ itu. Mungkin juga itu, teknik si jejaka untuk memikat si gadia. Tapi pada aku tak. Itu adalah luahan spontan yang tanpa disedari. Cun itu indah.
Cantik? Bagi aku, ‘cantik’ mungkin pada wajahnya. Bentuk mukanya, kulitnya. Mungkin bagi sesetengah orang bila berkulit putih itu cantik. Kadang-kadang ada pula yang berkulit hitam itu pun cantik juga. Cantik ini berdasarkan pandangan masing-masing.  Pandangan mata seseorang akan mengklasifikasikan seseorang itu ‘cantik’ ataupun tidak.

          “Awak dah cukup cantik untuk saya”
          “Aikkkk.. terima kasih”

Comel? Yang ini lagi mudah. ‘Comel’, bagi aku pada matanya. Mata yang mampu mengetarkan sukma hati, mata yang mampu menarik diri untuk menyaksikan lagi sekali kecomelan mata itu. Mata yang tidak terlalu besar memang ‘comel’ sangat. Bertambah ‘comel’ apabila dia tersenyum, secara magnet matanya akan turut mengecil. Ya Allah, sungguh indah ciptaan-MU. Aku suka mengatakan ‘comel’ pada aku adalah pada sinar matanya. 

          “Mata awak comel
J
          “Hah? Mata awak pun comel J
"Aik, saya puji awak, awak kata saya plak. Saya rasa macam nak tukar je mata dengan awak. cumell”
“Ya Allah, awak ni. Mata awak dah cukup comel tau. Saya suka tengok mata awak, dengan bulu mata yang cantik tu buatkan mata awak makin menarik. J
“Laaa, macam tu ke??isyyyy.”

Yesss.. mata memainkan peranannya. Memang kecomelan akan terserlah melalui mata. Seseorang itu akan bertambah ‘comel’ apabila sinar matanya selalu bercahaya. Dari kerana mata oh aku tergoda..aku tergoda.. J

Ayu? Gadis ayu lesung pipit dipipi. J ‘Ayu’ terserlah melalui tingkah-lakunya yang sopan santun, sikap hormat pada orang yang lebih tua dan orang sekelilingnya, perwatakannya yang lembut tetapi tegas sering kali akan menerbitkan keinginan untuk memiliki terutamanya apabila dilihat oleh orang tua. Dengan kata lain, untuk dijadikan sebagai menantu mereka serta isteri pada anak lelaki bujang yang ada. Sejuk mata memandang si gadis ‘ayu’ ini. Sukar untuk mendapatkan label ini kerana untuk mencari gadis yang memiliki ciri-ciri ini ternyata amat-amatlah payah.

          “Ayunya,.”
“Perangainya membuatkan dia bertambah ayu. Dengan senyuman yang boleh mencairkan hati.”

Manis? Yang ni lagi senang nak mendefinisikannya. ‘Manis’ akan terpamer melalui senyumannya. Senyum pun boleh dikatakan ‘manis’. Aku pun tak tahu, macam mana lah senyuman tu boleh dirasa. Mungkin ramai yang merasa dengan mata kot. Sebab senyuman ni bukan ke tak boleh dirasa dengan lidah kan?? Tapi pada aku, seseorang itu akan kelihatan ‘manis’ bila tersenyum. Mungkin betul lah kot, ‘manis’ ada kaitan dengan senyuman. Aku tulis je, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sehari-harian.

          “Tak puas saya jumpa awak. Kenapalah awak manis sangat ya, sayang?”
          “Apa? Manis? Manis macam apa? Manis macam gula-gula ke?”
“Sayang ni, pelik-pelik betul lah. Saya kata awak tu manis, tak senyum pun manis. Bila dah senyum bertambah manis jadinya.”
“Ooo, macam tu. Cakap lah bagi jelas baru saya faham. Ingatkan manis macam gula-gula tadi.. J
“Tak. Bukan manis macam gula-gula tapi manis macam puding yang sayang buat tadi. J
“Hahahahah.. J macam-macam lah”

Senyuman memainkan peranannya tersendiri dalam memikat hati sesiapa sahaja. Senyuman dikatakan boleh menyembuhkan hati yang terluka. Dengan senyuman juga, kesedihan terhapus sekelip mata. Jika bersedih, senyumlah kerana masih ada peluang yang menanti kita. Senyum itu penawar segala ubat yang berkaitan dengan hati. Hidup perlu disemai dengan benih-benih senyuman agar tiada kesepian yang akan mengejari.

Lawa? Apa ya yang dapat ditafsirkan dengan perkataan ‘lawa’ ni? Emm, ia meliputi semua. Tingkah-laku, tutur kata, raut wajah, senyum, sikapnya dan macam-macam lagi lah. Yang penting, pada mata yang menilainya. Selalunya, mata juga sering menipu. Namun, bila hati sendiri mengakui ternyata tiada apa yang dapat dibohongi. Bila seseorang dikata ‘lawa’, ini bermakna tiada apa yang perlu dinafikan lagi. Dia sebenarnya seseorang yang dimpikan oleh semua orang, keluarga, kawan-kawan, dan ‘adam’ yang sering menanti seoarang ‘hawa’ untuk diangkat sebagai suri hidupnya.

“Lawanya dia. Senyumannya mengetarkan hati. Matanya menarik untuk dilihat. Bicaranya asyik didengar. Malah, tingkahnya menenangkan hati sesiapa yang memiliki.”
“Yess. Dia memang lawa.”

Macan-macam definisi yang ada. Itu semua pada pandangan aku je. Orang lain aku tak tahu. Aku hanya mencatatkan apa yang aku rasa, alami, perhatikan. That’s all. Pandangan masing-masing. Yang penting aku tahu, apa yang penting dalam diri seseorang. Cun. Cantik. Comel. Ayu. Manis. Lawa. Bergantung pada hati. Bila hati suci, akan terpamer pada wajah. Terlihat serinya yang nyata mengerakkan bibir-bibir beku untuk menyuarakan kata hati tentang anugerah dari ilahi yang dilihat dihadapan mata. Wuduk itu akan mencantikkan lagi diri kita.

idea dari hati..