Sunday, 22 July 2012

seungkap bicara...


Assalamualaikum..


“HARGAI INSAN YANG MENYAYANGI DAN MENYINTAI KITA SEPENUH HATI AGAR HATI KITA TIDAK SAKIT APABILA DITINGGALKAN’

Pernahkah kamu, kamu, kamu dan kamu semua mendengar ataupun terbaca kata-kata sedemikian. Aku bukan sahaja membaca, malah turut mendengar serta aku juga pernah mengalaminya sendiri. Bahkan pengalaman kawan-kawanku mendorong aku untuk berkongsi secebis bicara rahsia hati.

Pada pandangan aku, tak salah rasanya kita cuba untuk menyayangi orang menyintai kita. Bahkan aku rasa ia lebih bermakna daripada kita mengejar orang yang kita sayangi. Kenapa?? Sebab yang paling nyata orang yang menyintai kita akan tahu bagaimana untuk menghargai kita. Bagi aku, tak salah andainya memberi peluang dan ruang untuk orang yang menyintai kita. Untuk apa kita terus berharap pada orang yang sanggup meninggalkan kita sesuka hatinya tanpa kita menyedari apakah kesalahan yang telah kita buat sehingga tegar menghadiahkan kelukaan yang paling dalam dan pahit.

Lebih baik menghargai orang yang menyintai kita setelah kesungguhannya kita tengok sendiri, kesungguhannya kita saksikan sendiri. Kemahuannya untuk memiliki kita ternyata boleh menitiskan airmata. Orang yang menyintai kita akan menjaga hati dan perasaan kita agar tiada kesan kesakitan yang tinggal di hati kecil itu. Orang yang menyintai kita, akan terus mencadangkan agar dirinya dengan diri kita mempunyai ikatan yang diketahui keluarga sebab utamanya dirinya tak ingin kita dimiliki orang lain, supaya diri kita takkan pergi jauh darinya.  
    
      “ Awak, nanti lepas tiga bulan, kita bertunang ya?”
      “Betul ke ni, awak?”
“Betul. Saya taknak awak pergi jauh dari saya. Saya taknak kehilangan awak. Sekurang-kurangnya bila kita bertunang, awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya.”
“Saya setuju awak. Kita tunggu lepas awak selesaikan kerja awak dulu k. Saya janji awak, saya akan setia dengan awak.”

Orang yang menyintai kita, akan pastikan dan berusaha untuk menyuburkan ikatan yang ada. Saling menghormati, saling menjaga sesama sendiri, serta berjanji untuk menghargai diri masing-masing. Orang yang menyintai kita akan cuba mengenali keluarga kita supaya mengetahui apa kenakalan yang pernah kita lakukan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Bahkan, orang yang menyintai kita tanpa segan silu memperkenalkan kita sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya, kenalkan kita sebagai ‘tunang’nya, malah tak malu untuk mengaku bahawa kita bakal menjadi suri dalam hidupnya serta bakal ibu kepada anak-anaknya.

Tak salah untuk kita menyintai orang yang menyintai kita. Cintai mereka akan membuat kita berasa tenang. Cintai mereka akan menjadikan kita insan yang sempurna. Mungkin pada mulanya kita hanya sekadar menyayangi orang yang menyintai kita tetapi percayalah lama-kelamaan kita pasti akan turut membalas cintanya. Ia mungkin tidak disedari bahawa kita turut menyintai orang yang menyintai kita. Kita kan sedar, bila berjauhan dengannya kita akan gelisah, selalu tertunggu panggilan ataupun mesej ringkas darinya. Walaupun hanya sekadar kata-kata ‘hai’ yang dihantarnya boleh membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Kita jua teringat-ingat saat-saat bersama tanpa ada niat untuk melupakannya.

Tika siang melabuhkan tirainya, muncul bulan bintang menerangi malam. Detik dengannya sentiasa ada difikiran kita. Walaupun waktu itu hati kita tidak mengakui bahawa kita menyintainya. Namun, disudut hati yang terpencil, hati telah menyerah kalah dengan diri. Akhirnya, kebenaran kita menyintainya terjawab dalam hati. Bibir takkan mampu mengakui tapi hati tak mungkin dibohongi.  

      “Cuba awak teka, tu bintang ke satelit?”
      “Yang mana?”
      “Yang berkelip-kelip tu.”
      “Pasti lah bintang kan?bintang kan berkelip-kelip.”
      “Tak la awak. Yang berkelip tu satelit.”
“Apa beza bintang dengan satelit awak? Macam mana nak kenal ya? Saya tak tahu selama ni. Ingatkan bintang juga yang berkelip-kelip tu.”
“ok. Macam ni, bintang?try awak tengok yang paling kecil dan tak berkelip tu bintang. Yang berkelip satelit. Nampak tak?”
“OOO, macam tu.. baru saya tahu. Nampak-nampak awak.”

Memori dengannya pasti takkan sekalipun kita lupakan. Tiap kali siang bertukar malam, pasti mata kita akan mendongkak ke dada langit untuk melihat bintang serta satelit yang ada. Sedangkan dengan cara itu, kita cuba mengurangkan rindu untuknya, orang yang menyintai kita.....


2 comments: