Assalamualaikum..
Cun?
Cantik? Comel? Ayu? Manis? Lawa? Apakah punya maksud yang berlainan ya? Aku pun
tak berapa pasti tentang istilah-istilah ini. Bagi aku, ia punya pengertian
yang berbeza. Mungkin ini pandangan masing-masing. Kadang-kala perkataan ini
akan keluar sendiri dari bibir seseorang bila ada sesuatu yang boleh dilafazkan
dengan perkataan tersebut. Ia juga tanpa dijangka. Keluarnya secara spontan macam
‘super spontan’ tu. Begitu juga dengan istilah itu.
Pada
aku, ‘cun’ itu dilihat pada gaya percakapannya. Saat bibir mengeluarkan bicara,
petah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ulas bibirnya akan menuturkan
kata-kata yang baik, sopan dan sedap untuk didengar. Gurauannya tidak menyentuh
hati sesiapa. Layanannya pada kanak-kanak yang akan membuatkan dirinya boleh
dilabelkan ‘cun’ oleh orang-orang yang menyedari akan kewujudannya. Pertama
kali orang itu melihat, ‘cun’ mesti terlahir dihati lantas terzahir di bibir.
Macam situasi ini yang kusaksikan sendiri.
“Cun nya dia..Babai”
“Hah??”
Anehkan?
Sedangkan insan itu tidak mengenali pun orang yang digelarkan ‘cun’ itu.
Mungkin juga itu, teknik si jejaka untuk memikat si gadia. Tapi pada aku tak.
Itu adalah luahan spontan yang tanpa disedari. Cun itu indah.
Cantik?
Bagi aku, ‘cantik’ mungkin pada wajahnya. Bentuk mukanya, kulitnya. Mungkin
bagi sesetengah orang bila berkulit putih itu cantik. Kadang-kadang ada pula
yang berkulit hitam itu pun cantik juga. Cantik ini berdasarkan pandangan
masing-masing. Pandangan mata seseorang
akan mengklasifikasikan seseorang itu ‘cantik’ ataupun tidak.
“Awak dah cukup cantik untuk saya”
“Aikkkk.. terima kasih”
Comel?
Yang ini lagi mudah. ‘Comel’, bagi aku pada matanya. Mata yang mampu
mengetarkan sukma hati, mata yang mampu menarik diri untuk menyaksikan lagi
sekali kecomelan mata itu. Mata yang tidak terlalu besar memang ‘comel’ sangat.
Bertambah ‘comel’ apabila dia tersenyum, secara magnet matanya akan turut
mengecil. Ya Allah, sungguh indah ciptaan-MU. Aku suka mengatakan ‘comel’ pada
aku adalah pada sinar matanya.
“Mata awak comel J”
“Hah? Mata awak pun comel J”
"Aik, saya puji awak, awak kata saya plak. Saya rasa macam nak
tukar je mata dengan awak. cumell”
“Ya Allah, awak ni. Mata awak dah cukup comel tau. Saya suka
tengok mata awak, dengan bulu mata yang cantik tu buatkan mata awak makin
menarik. J”
“Laaa, macam tu ke??isyyyy.”
Yesss..
mata memainkan peranannya. Memang kecomelan akan terserlah melalui mata.
Seseorang itu akan bertambah ‘comel’ apabila sinar matanya selalu bercahaya.
Dari kerana mata oh aku tergoda..aku tergoda.. J
Ayu?
Gadis ayu lesung pipit dipipi. J
‘Ayu’ terserlah melalui tingkah-lakunya yang sopan santun, sikap hormat pada
orang yang lebih tua dan orang sekelilingnya, perwatakannya yang lembut tetapi
tegas sering kali akan menerbitkan keinginan untuk memiliki terutamanya apabila
dilihat oleh orang tua. Dengan kata lain, untuk dijadikan sebagai menantu
mereka serta isteri pada anak lelaki bujang yang ada. Sejuk mata memandang si
gadis ‘ayu’ ini. Sukar untuk mendapatkan label ini kerana untuk mencari gadis
yang memiliki ciri-ciri ini ternyata amat-amatlah payah.
“Ayunya,.”
“Perangainya membuatkan dia bertambah ayu. Dengan senyuman yang boleh
mencairkan hati.”
Manis?
Yang ni lagi senang nak mendefinisikannya. ‘Manis’ akan terpamer melalui
senyumannya. Senyum pun boleh dikatakan ‘manis’. Aku pun tak tahu, macam mana
lah senyuman tu boleh dirasa. Mungkin ramai yang merasa dengan mata kot. Sebab
senyuman ni bukan ke tak boleh dirasa dengan lidah kan?? Tapi pada aku,
seseorang itu akan kelihatan ‘manis’ bila tersenyum. Mungkin betul lah kot,
‘manis’ ada kaitan dengan senyuman. Aku tulis je, berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian aku sehari-harian.
“Tak puas saya jumpa awak. Kenapalah
awak manis sangat ya, sayang?”
“Apa? Manis? Manis macam apa? Manis
macam gula-gula ke?”
“Sayang ni, pelik-pelik betul lah. Saya kata awak tu manis, tak
senyum pun manis. Bila dah senyum bertambah manis jadinya.”
“Ooo, macam tu. Cakap lah bagi jelas baru saya faham. Ingatkan
manis macam gula-gula tadi.. J”
“Tak. Bukan manis macam gula-gula tapi manis macam puding yang
sayang buat tadi. J”
“Hahahahah.. J
macam-macam lah”
Senyuman
memainkan peranannya tersendiri dalam memikat hati sesiapa sahaja. Senyuman
dikatakan boleh menyembuhkan hati yang terluka. Dengan senyuman juga, kesedihan
terhapus sekelip mata. Jika bersedih, senyumlah kerana masih ada peluang yang
menanti kita. Senyum itu penawar segala ubat yang berkaitan dengan hati. Hidup
perlu disemai dengan benih-benih senyuman agar tiada kesepian yang akan
mengejari.
Lawa?
Apa ya yang dapat ditafsirkan dengan perkataan ‘lawa’ ni? Emm, ia meliputi
semua. Tingkah-laku, tutur kata, raut wajah, senyum, sikapnya dan macam-macam
lagi lah. Yang penting, pada mata yang menilainya. Selalunya, mata juga sering
menipu. Namun, bila hati sendiri mengakui ternyata tiada apa yang dapat
dibohongi. Bila seseorang dikata ‘lawa’, ini bermakna tiada apa yang perlu
dinafikan lagi. Dia sebenarnya seseorang yang dimpikan oleh semua orang,
keluarga, kawan-kawan, dan ‘adam’ yang sering menanti seoarang ‘hawa’ untuk
diangkat sebagai suri hidupnya.
“Lawanya dia. Senyumannya mengetarkan hati. Matanya menarik untuk
dilihat. Bicaranya asyik didengar. Malah, tingkahnya menenangkan hati sesiapa
yang memiliki.”
“Yess. Dia memang lawa.”
Macan-macam
definisi yang ada. Itu semua pada pandangan aku je. Orang lain aku tak tahu.
Aku hanya mencatatkan apa yang aku rasa, alami, perhatikan. That’s all.
Pandangan masing-masing. Yang penting aku tahu, apa yang penting dalam diri
seseorang. Cun. Cantik. Comel. Ayu. Manis. Lawa. Bergantung pada hati. Bila
hati suci, akan terpamer pada wajah. Terlihat serinya yang nyata mengerakkan bibir-bibir
beku untuk menyuarakan kata hati tentang anugerah dari ilahi yang dilihat
dihadapan mata. Wuduk itu akan mencantikkan lagi diri kita.
idea dari hati..
Lucky Club Lucky Club Casino Site - Live Slots
ReplyDeleteLucky Club Lucky Club luckyclub Casino is a Live Casino that features the Lucky club slots and instant play games. The game is powered by Microgaming and has a