Monday, 12 December 2011

aku..

assalamualaikum..

bukan aku pinta untuk jatuh cinta
tetapi sudah ditakdirkan aku menyayanginya..
bukan aku paksa diri untuk menyintainya..
namun, cinta yang hadir ini..
bagaikan satu anugerah dari Yang Esa..
kurniaan yang sempurna..
sesungguhnya, aku bahagia dan dilindungi
bila bersama dengannya..

 malah, bukan aku pinta untuk menyakitinya..
namun, sesuatu diluar kawalanku telah terjadi..
hatinya kulukai,
maruahnya kuabaikan..
kejamnya aku..
sampaikan sanggup menyakitinya sedemikian rupa.
berjuta kali aku menangisi semua itu..
segalanya sudah terlewat.
sudah terlambat..
aku tak mampu untuk berhadapan dengannya..
kerana rasa bersalah ini sering menghimpit diriku,
walaupun aku ingin selalu menatap wajahnya..

Ya Allah...
apa yang telah kulakukan 
pada seorang insan yang menyayangiku..
Ya Allah,..
seandainya, aku bukan yang terbaik untuknya..
jauhilah aku darinya..
aku tak ingin terus melukai hatinya..
biarpun rasa sayang dan cintaku padanya
terlalu dalam..
namun, tiada gunanya..
jika aku terus-menerus menyakiti hatinya..
aku tak berdaya, Ya Allah..
tak berdaya menjadi yang terbaik untuknya..
betapa terkilannya dia dengan perbuatanku..
Ya Allah..
kejamnya aku..


kredit: : ..maafkan saya..

Monday, 17 October 2011

keistimewaanmu, hawa..

 assalamualaikum..


ketahuilah wanita betapa hebatnya ciptaan Allah...

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".


Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."


"Untuk apa???", tanya malaikat.



Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."


 Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,
dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu,
bahkan tertawa ketika ketakutan.


Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar 

berita kesakitan dan kematian,
tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan
dapat menyembuhkan luka.



Allah S.W.T berfirman:



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "



"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."




"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."



"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."



"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



    
*Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

        sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
            Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
             kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."




"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


                                                                                  copy and paste...

Tuesday, 11 October 2011

..tersingkap..

assalamualaikum..


rahsia hati tiada siapa yang mengetahui..
apa yang nyata dan tersembunyi 
takkan ada yang memahami..
hanya hati sendiri yang mempercayai..


anehnya hidup ini..
saat hati tiada makna sayang..
tetapi, tanpa disedari..
rahsia hati tersingkap sendiri..


aku mengaku dan terpaksa akur
pada hakikat kehidupan..
bahawa aku benar-benar menyayangi dirinya..
tiada kata-kata yang mampu kututurkan
untuk membohongi hati sendiri..
kerana sesungguhnya aku sayang 'dia'..


apa perlu kubuat???..
aku takut untuk menyayanginya..
aku risau untuk menyintainya..
aku jadi makin takut 
bila memikirkan sekiranya 'dia' tiada bersamaku..


seumur hidupku..
inilah rahsia hati yang tak mungkin kutipu
dengan mudah..
selama ini, senang kupatahkan bicara hati
mengatakan aku tidak menyayangi..
namun kini,..
aku jadi tersungkur..bila..bila..
bila aku cuba sembunyikan kebenaran..
aku dapat rasai kelemahan diri tanpanya..


sukarnya memahami hati sendiri..
tapi satu yang pasti..
aku sayangkan 'dia'..
sayang yang terlampau..
namun, sayang itu tetap
menjadi yang kedua dalam hidupku..
bila yang pertama dan utama..
telah kuserahkan sepenuhnya
buat yang ESA..


                     
                     

Friday, 7 October 2011

..untukmu, pemilik cintaku..


assalamualaikum..


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya kuingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. oleh itu, ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak, 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya kuingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka kumohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, takkan beraniku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 


Ingatlah, tak selamanya aku akan kelihatan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti ..Insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian kuharus menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit dan kutahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin kumengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak,,


Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana kumembangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang kuperlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kita kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana kuingin menyakitinya, tapi kadang-kala aku kehilangan idea untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu kutahu kamu selalu menghargai semua yang kulakukan untuk kalian dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita. kau tahu, aku akan turut merasakan ribuan kali kesakitan dari cubitan yang kuberikan padanya. malah, aku berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.,,

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang-kala aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke Jannah-Nya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku,, 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. 
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. yang sentiasa mengharapkan kasih sayang darimu......

aku tak mengharapkan apa-apa darimu.. cuma satu pintaku.. sayangi, cintai dan rindui aku kerana-NYA.
Kerana disitulah sebenarnya terletak sayang dan cintamu untukku..setialah di sampingku untuk mendidikku, merawatku mungkin juga menjadi pendamping diriku untuk setiap masa..aku hanya aku..
perempuan biasa, akan tetap jadi gadis biasa..namun satu saat aku akn menjadi wanita yang luar biasa bila sayangku untukmu tidak melebihi sayangku untuk yang maha ESA..insyaallah..


                                       copy n paste serta tokok tambah ideaku..

Thursday, 6 October 2011

ingin bersama!!

assalamualaikum..


apa terjadi padaku??
lemah tiba-tiba bila tidak bersua dengannya
sakit dirasai bila tidak bersamanya..
kenapa aku jadi seperti ini??


adakah ini yang dinamakan cinta??
perasaan ingin memiliki dan dimiliki
begitu kuat menyapa sanubari..
mengapa aku jadi sangat memerlukannya??


Ya Allah..
sukarnya untuk aku memahami kehendak sendiri..
bila hati ingin memilikinya tapi..
akal menolak keras keinginan hati..


sememangnya, aku takut untuk jatuh cinta lagi..
cinta bagi aku satu kemahuan hati yang tiada terperi..
rasa ingin selalu disampingnya..
rasa tidak mahu berpisah dengannya..


aku tahu, ini satu ujian bagiku..
dugaan yang mesti kutempuhi..
untuk saat-saat mendatang..
bila dirinya tiada disisi..


Ya Allah,..
sejujurnya aku menyayanginya..
sayang yang hadir ini sering menganggu konsentrasiku..
aku jadi takut untuk terus menyayanginya..


Ya Allah,..
seandai dirinya tercipta untukku..
KAU dekatkanlah hatinya dan hatiku..
KAU permudahkanlah perjalanan hidupnya denganku.
KAU jauhilah segala kepayahan untuk kami bersatu..
kerana sesungguhnya aku amat menyayanginya..
aku harap, sayangku padanya tidak melebihi sayangku untuk-Mu..


Ya Allah,..
aku mohon pada-Mu..
izinkan aku untuk menjadi pendamping hidupnya..
berikan aku peluang untuk terus bersamanya..
dan pastikanlah aku dan dirinya bersatu..
bersatu dalam erti kata yang sebenar-benarnya..
hubungan yang halal dan suci disisi-Mu..

Tuesday, 4 October 2011

,,tiba-tiba..

assalamualaikum..


tiba-tiba aku rasa sesuatu perasaan asing..
yang muncul dalam hatiku..
untuk mengingati seseorang..
merindui dirinya..
aku jadi takut.. 
takut kali ini aku tetap kecundang..


Ya Allah,
apa yang mesti kulakukan..
agar jiwaku tidak gelisah..
perasaanku tidak gundah..
ingatanku tidak stabil..
aku jadi nanar bila 'rasa' itu..
menyuntik hati..
merobek sanubari..


ujian apa kali ini.. 
aku lemah tiada daya..
aku kosong tanpanya..
anehnya hidup ini..
saat aku mengatakan tidak..
namun, hati tak mampu kubohongi..


pertemuan tak disengaja..
perbualan yang tak dijangka..
telah menemukan aku denganmu..
pertemuan demi pertemuan..
aku jadi keliru..
kenakalanmu mencuri perhatianku..
keramahanmu menyenangkanku..
sikapmu yang tiada rasa malu,
mengzahirkan senyuman dibibirku..


Ya Allah..
apakah kali ini aku mesti..
lembutkan hati..
ketepikan ego..
entahlah, aku tiada daya 
untuk memikirkannya..

Tuesday, 13 September 2011

..kiniku..

                       assalamualaikum..


                           kini,
                     aku kembali..
           kembali meneruskan sisa-sisa
           perjuangan yang tiada terkira..
           perjudian nasibku yang baru 
                 meniti kesukaran 
           yang tiada timbang kilonya..


                             kini,
                  aku makin dewasa..
            dewasa dengan ujian hidup
                    yang telah kulalui..
             kematanganku lebih terbukti..
       bila aku berjaya menolak keinginan hati..


                             kini,
              aku sudah mampu membezakan..
                 bezakan mana baik buruknya
                      satu-satu perkara..
                aku akan lebih berhati-hati
               untuk menilai sesuatu perkara..


                              kini,
                     aku tetap sendiri..
                 sendiri mencabar diri..
              untuk tidak terus menyintai..
             menyintai mana-mana 'adam'
            yang tidak menghargai diriku..
         semuanya sudah tiada erti padaku..
                     tiada. noktah. titik.

Wednesday, 10 August 2011

adam saya??

                                    adam saya??..
                     hati berbisik mengemukakan soalan
                          tertanya-tanya bila adam saya 
                              ingin munculkan dirinya??
                             bergetar hebat naluri hati
                 setiap kali persoalan itu menerjah perdengaran..


                         adam saya?? adam saya? adam saya??
                            bagaimana harus saya nyatakan..
                          sedangkan selama ini kedatangnya 
                             tidak dapat dirasai seikhlas hati..
                 mana mungkin saya menganggap 'awak', adam saya??
                     
                                       adam saya??
                             saya yakin akan kehadirannya.
                    tapi saya tak pasti tarikh kami bisa bersua muka..
                                      semua jadi keliru.. 
                                   betul ke perempuan ini???


                               setiap kali persoalan adam saya wujud..
                     saya hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum..
                                                   kenapa???
                                     sebab saya yakin, terlalu yakin..
                                   adam saya akan berada disisi saya..
                               menemani saya setiap detik masa berlalu..
                  menyembuhkan luka-luka persoalan yang dilontarkan pada saya..
                  menjawab pertanyaan demi pertanyaan dengan lagak selambanya..
                                             dan yang paling penting..
                                       menganugerah cinta yang tiada nilainya...


                                             itulah adam saya..
                                adam yang selama ini menyepikan diri..
                                   untuk memantapkan keimanan diri..
                             adam yang selama ini menyembuyikan diri..
                                          demi iman dan agamanya..


                             saya setia menunggu adam saya..
                            biar mereka ketawa, bergelak suka..
                                              namun, 
                         saya kan tetap setia..setia dan terus setia..





Thursday, 28 July 2011

fenomena..

             assalamualaikum..
alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan untukku teruskan sisa-sisa waktu yang berlalu ini.. walaupun sedikit terasa kurang sihat tapi masih kuat kujalani sepanjang hari ini.. alhamdulillah,Ya Allah.. 


Ya Allah, tak kusangka tak kuduga, aku begitu tertarik untuk mengikuti 1 cerita yang memang bisa menyentuh hati sesiapa yang menonton.. kekuatan iman, kecintaan pada Allah, pergaulan yang dijaga, sikap tanggungjawab.. subhanallah.. sungguh unik jalan ceritanya.. first time cerita indo yang mampu menitiskan mutiara jernihku.. masyaallah.. aku baru tersedar rupa-rupanya, aku lemah dalam serba-serbi, aku alpa dengan kewujudan diri dan aku angkuh akan kekuatan diri.. aku jadi benci pada diri sendiri.. benci dengan semua yang kulakukan.. benci dengan cinta yang kuberikan pada orang yang tak sepatutnya dimiliki.


                                          bertuturlah cinta 
                                        mengucap satu nama
                        seindah goresan sabdamu dalam kitabku
                                          cinta yang bertasbih
                                           mengutus hati ini
                          kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Ya Allah, lalainya aku.. lalainya aku untuk memiliki cinta yang belum tentu hakku.. sepatutnya, cinta, sayang, kasih dan rinduku hanya kepunyaan-MU,.. aku lalai, Ya Allah.. lalai melindungi diriku.. lalai mempertahankan hak-MU.. berdosanya aku.. tak tertanggung kesalahanku pada-MU.. tak terhitung dosaku tanpa kusendiri sedari dalam menyintai dan dicinta.. ampunkan aku.. diri yang serba kekurangan..


                                       bisikkan doaku
                                    dalam butiran tasbih
                  kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
                   sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
                    tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit..


tak kupedulikan tasbih untuk-Mu.. tak kuhiraukan semuanya.. aku hanya mahu memiliki dan dimiliki.. bongkaknya aku.. hanya untuk menguasai cinta dunia, aku alpa cinta akhirat.. subhanallah.. kejamnya aku.. aku lebih utamakan cinta yang tak menjanjikan apa-apa dari cinta-MU yang kekal abadi hingga ke syurga.. Ya Allah.. maafkan aku.. aku tak sesekali akan melupai-MU selepas ini.. cinta pada manusia sudah tidak penting untukku.. aku hanya mahu miliki cinta yang abadi bersama-MU..


                     ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
                     kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
                    garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
                          sujud sukur pada-MU atas segala cinta..


aku yakin, 1 saat nanti ada cinta yang hadir.. tanpa aku sendiri menyangkanya.. aku tetap yakin pada-MU kerana segalanya telah ditentukan.. aku sujud pada-MU.. telah menyedarkan aku akan kesilapan diri.. alhamdulillah, Ya Allah.. syukur..


                                                            p/s:tgk lah cerita ketika cinta bertasbih
                                                            mesti banyak manfaat yang akan kalian perolehi
        izza damia_ketika cinta bertasbih

Saturday, 16 July 2011

datang lagi..

                            assalamualaikum..


                      cinta itu datang lagi..
                      datang mengelirukan perasaaan yg sedia keliru..
                      datang mendebarkan hati yg setia resah..
                      datang mengacau-bilaukan keadaan..


             cinta itu datang lagi..
             datang memberikan harapan yg telah musnah..
             datang menyemai kasih yg hilang..
             datang wujudkan cinta yg terkubur..


                             cinta itu datang lagi..
                             datang merebut hati ini..
                             datang memenangi carta hati..
                             datang mengambil status yg dihancurkan..


                     cinta itu datang lagi..
                     datang menagih simpati..
                     datang memujuk rayu diri..
                     datang meminta cinta kembali..


                                     cinta itu datang lagi..
                                     datang menghancurkan hati ini..
                                     datang kembali mengungkit kisah lalu..
                                     datang mengingatikan kata-kata lalu.. 




      p/s: cinta itu datang lagi..
               catatan cinta yg tak dihargai..
                    datang sendiri tanpa disedari
                    

Sunday, 10 July 2011

..gugurnya aku..

                                  gugurnya aku..
                      kerana ego yang membelit hati..
                                  gugurnya aku..
                     kerana hati yang tak ingin disakiti..
                                  gugurnya aku..
                         kerana rindu yang bererti..
                                  gugurnya aku..
                     kerana sayang yang tak bertepi..
                                  gugurnya aku..
                            kerana cinta yang suci..
                                  gugurnya aku..
                           lambang kerapuhan hati..
                                  gugurnya aku..
                                tidak kau kumiliki..
                                  gugurnya aku..
                        simbol tiada kekuatan diri..
                                  gugurnya aku..
                           semuanya semata-mata..
                            kerana kelemahan diri..
                  yang sering tertipu kata-kata manis..
                           janji madu sang lelaki..

Friday, 8 July 2011

kongsi..

assalamualaikum.
emm hari ni aku terasa nak share lagu plak..lagu ni memang best r..




lagu ni diberi nama "speak now" by taylor swift..




                                         I am not the kind of girl,
                                          Who should be rudely 
                                 barging in on a white veil occasion,
                                     But you are not the kind of boy,
                               Who should be marrying the wrong girl,

                                     I sneak in and see your friends,
                                      And her snotty little family, 
                                          all dressed in pastel,
                                  And she is yelling at a bridesmaid,
                                   Somewhere back inside a room,
                               Wearing a gown shaped like a pastry,
                        This is surely not what you thought it would be,
                                     I lose myself in a daydream,
                                        Where I stand and say:

                             “Don’t say yes, run away now,
                                 I’ll meet you when you’re out,
                                    Of the church at the back door,
                                 Don’t wait or say a single vow,
                                      You need to hear me out,”
                                       And they said, “Speak now,”

                                        Fun gestures are exchanged,
                                        And the organ starts to play
                               A song that sounds like a death march,
                                     And I am hiding in the curtains,
                        It seems I was uninvited by your lovely bride-to-be,
                          She floats down the isle like a pageant queen,
                                  But I know you wish it was me,
                                 You wish it was me, don’t you?

                                     Don’t say yes, run away now,
                                    I’ll meet you when you’re out,
                                    Of the church at the back door,
                                    Don’t wait or say a single vow,
                                       You need to hear me out,
                                    And they said, “Speak now,”

                                      Don’t say yes, run away now,
                                 I’ll meet you when you’re out,
                                    Of the church at the back door,
                                  Don’t wait or say a single vow,
                                     Your time is running out,
                                    And they said, “Speak now,”

                                      I hear the preacher say,
                    “Speak now or forever hold your peace,”
                      There’s a silence, there’s my last chance,
                              I stand up with shaking hands,
                                          All eyes on me,
                        Horrified looks from everyone in the room,
                                  But I’m only lookin’ at you,

                                I am not the kind of girl,
                          Who should be rudely bargin’ 
                             in on a white veil occasion,
                         But you are not the kind of boy,
                      Who should be marryin’ the wrong girl,

                        So don’t say yes, run away now,
                          I’ll meet you when you’re out,
                          Of the church at the back door,
                         Don’t wait or say a single vow,
                           You need to hear me out,
                         And they said, “Speak now,”

                                      And you say,
                                “Let’s run away now,
                          I’ll meet you when I’m out of 
                             my tux at the back door,
                          B aby, I didn’t say my vows,
                              So glad you were around 
                            when they said, “Speak now,”

Thursday, 7 July 2011

1 cinta...

1 cinta yg tak mungkin aku lupakan..
1 cinta yg tak dapat aku elakkan.
1 cinta yg tak ingin sekali aku sia-siakan..
1 cinta yg tak boleh dipisahkan..
1 cinta yg ada aku dgn mu..
1 cinta yg terjalin penuh keikhlasan..
1 cinta yg bisa membimbing kejalan-Nya..
1 cinta yg terikat dgn tanggungjawab..
1 cinta yg halal di sisi agama..
1 cinta yg dinamakan 'perkahwinan'..
1 cinta yg suci nan abadi..
1 cinta yg ikhlas selamanya..
1 cinta yg aku berikan utkmu..
1 cinta yg kau kurniakan utkku..
1 cinta yg kita jalinkan tidak melebihi cinta pada-Nya..
1 cinta yg termaktub cintaku dan cintamu..
hanya pada Allah s.w.t..insyaallah..

Tuesday, 5 July 2011

..bukan kupinta..

assalamualaikum..


bukan kupinta utk jatuh cinta..
jatuh cinta dengan 'dia' yg tak ingin kuakui..
kuakui cintaku hadir tanpa sepatah kata..
kata yg membuatku resah tiada bicara..
bicara sehingga menimbulkan tanda tanya..
tanda tanya yg tak mungkin bisa kujawab..
jawapan yg pastinya mengundang kecewa..

bukan kupinta utk jatuh cinta
ia kejadian tanpa dijangka..
aku hanya mampu menerima dan terus menerima..
aku tak ingin memberi..
kerana kusedar,..
pemberianku tidak dihargai..
aku tak pernah kecewa..
namun bila kecewa kualami..
aku tak akan pernah utk menghargai..
menghargai apa yg ada disisiku..
aku tak pernah takut utk menyendiri..
sendiri, aku lebih tenang..
tenang tanpa memikirkan perasaan insan lain.

aku bukan ego menyatakan cinta..
tapi aku punya harga diri..
harga diri yg mesti kujunjung tinggi..
maruah diri yg mesti kujagai..
sehingga tiada siapa yg berani...
berani membisikkan kata-kata nista padaku..

maafkan aku..
aku bukan tidak punya rasa cinta..
tapi cintaku hanya pada benar-benar yg MENGHARGAI..
menghargai aku apa adanya..
tanpa memandang serong setiap tingkah-lakuku..
insyaALLAH 'adam' itu akan hadir..
hadir utk membimbingku dgn ilmunya..

Friday, 1 July 2011

resah gelisah..

apakah perasaanku yg sebenarnya??.
apakah yg aku inginkan sebetulnya??..
apakah yg kuharapkan muncul dlm hidupku sesungguhnya??..
apakah aku mampu utk menempuhinya??
ya ALLAH, 
apa yg sebenarnya mesti kulakukan..
kadang-kala aku akan menyintai dia sedalamnya.
kadang-kala aku menyayangi dia seadanya..
kadang-kala aku merindui dia tanpa disedari..
kadang-kala aku merasa amat memerlukan dirinya.
semuanya bila hati menguasai pemikiran..
semuanya bila akal tidak mampu menguasai kewarasanku.
betapa sukarnya utk memahami hatiku sendiri..
sering kali aku menipu diri sendiri..
sering kali aku mengabaikan hati sendiri..
sering kali aku membelakangkan perasaan sendiri..
aku sedar, biar beribu batu kumenafikannya.
namun, rasa yg ada utknya tak akan pernah kuhindari..
aku tak mampu utk terus membohongi diri..
aku tak mampu utk terus menidakkan rasa hati..
tapi..itu semua akan terjadi saat aku tidak sedar diri..
terjadi bila hati rasa ingin disayangi..
cukup hebat krn aku tak mampu utk berterus-terang..
semuanya hanya 1perkataan yg dilemparkan padaku..
masih teringat perkataan itu.. 
TERHEGEH-HEGEH..sakit sangat..
dan krn perkataan itu,..
aku jadi ego dlm menuturkan kata hati..
semuanya hanya krn dia..
insan yg akan kuingati sampai bila-bila...