Sunday, 11 November 2012

... My f....


assalamualaikum..

My F tercinta syg,
Terima kasih kerana kasih sayang darimu menjadikan aku lebih dewasa. Dulu, aku angin tanpa arah, aku pepasir terdampar bebas. kini, aku kuat adanya kamu. Aku tenang berdua bersamamu. Mungkin aku bukan terbaik buatmu. Mungkin aku gagal di matamu. Tapi percayalah, hakikatnya aku punya rasa mendalam padamu. Aku cuba sedaya upayaku menyayangimu, aku cuba semampuku untuk bahagiakan kamu. Aku tidak mengharapkan apa-apa, Cuma hargailah aku seadanya. Jika satu saat nanti, tiada rasa kasih darimu untukku, katakan, berterus teranglah kerana aku sedia mengundurkan diri demi keceriaan hidupmu. Andainya satu detik nanti aku tidak diperlukan lagi, izinkan aku membuang memori yang kita loretkan bersama. Sesungguhnya, aku takkan pernah sesekali memaksamu untuk terus berdiri di sampingku, agar setia menemaniku.

Sayangku, Mr F..
Terimalah aku apa adanya aku. Tegurlah aku, jika terkesan khilafku. Bimbinglah aku semampumu. Didiklah aku setegasnya. Terima kasih Mr. F kerana sesungguhnya, hanya ungkapan itu yang mampu kucurahkan. Terima kasih, sayang-sayang !!!

My F hatiku.. 
Malam sunyi sepi bulan bercahaya
Ku lihat dirimu berdiri bersamaku
selamat malam oo sayangku
Ku nantikan dirimu
Di depan pintu itu menantikan kamu
Akimku tersayang  
Akimku tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa hidup bahagia
Mengerti tentang cinta
Akimku terima kasihku
Rajuknya diriku kadang buatmu malas
Namun segala kasih kau berikan
Akimku tersayang
Akimku tercinta
Tanpamu apa jadinya
Tak mungkin jatuh cinta
Mengerti tentang rindu
Akimku terima kasihku..

Bila bosan menjadi raja..
inilah My F ...


Monday, 22 October 2012

... cinta bukan milik kita...


Assalamualaikum..

Duhai teristimewaku,

detik waktu kian berlalu pergi. Tanpa mempedulikan ruang masa antara kita. Duhulu, kita jauh bagaikan beribu batu. Kini, kita masih jua jauh umpama langit dengan bumi. Itulah ironinya. Namun, kejauhan itu bukan menjadi penghalang pada hati yang menyintai. Ia tetap setia pada yang memiliki. Aneh bukan, walau tiada senyum dibibir, biar lelah jasad memikir tapi masih sama sanubari terhasil.


Duhai pemilik hatiku,
Sesungguhnya cinta ini bukan kepunyaan kita secara abadi. Cinta ini hanya pinjaman seketika tika diri masih belum terikat dengan lafaz terindah. Tiada lafaz sesuci kalimah itu. Tiada ungkapan yang mampu menolak lafaz itu. Hanya senyuman indah terukir semanis madu. Hanya jelingan manja yang mengoyahkan singgahsana kekuatan sejati. Memang benar, cintu ini bukan milik kita lagi. Cinta ini masih lagi berada diawan-awangan yang melontar jauh cinta pada Ilahi. Oh, alpanya kita sebagai insan ciptaan-NYA.

Duhai pendamping hati,
Bukanku sengaja menjauhkan diri tapi aku mencari redha-NYA. Aku mencari sinar untuk menyintamu kerana-NYA. Kutegaskan pada hati sendiri untuk menyintaimu, aku harus mencintai-NYA terlebih dahulu. Untuk memilikimu, aku harus memiliki cinta-NYA dahulu. Untuk menemanimu, aku mesti ditemani-NYA dahulu. Bukan aku terlalu angkuh dalam megungkapkan kalimah sayang padamu, namun aku tak ingin bicara keramat itu bak api yang membakar diriku sendiri. Biarlah aku menggapai cinta-NYA terlebih dahulu agar kasih sayang, cinta antara kita direstui-NYA.

Duhai pemilik rusukku,
Aku tidak pernah jemu berdoa di malam yang hening agar jalinan hati ini menjadi cinta abadi. Aku takkan sesekali pernah merasa jemu untuk meminta dari-NYA, impian kita terkabul. Aku tidakkan pernah cuai untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai hamba-NYA. Duhai Pencipta-KU, izinkan aku berada dalam cinta-MU. Izinkan aku terus bersemadi dalam denyutan kasih-MU.

Duhai adamku,
Ingin aku tegaskan, sesungguhnya cinta ini bukan milik kita. Bukan milik kita. Bukan milik kita. Bukan milik. Malah takkan menjadi milik kita, seandainya kita tidak menyintai-NYA seperti mana DIA mengasihi kita. Biarlah kita terpisah jauh begini, jika dekat menguji iman sendiri. Biar kita jauh sekali, agar cinta kita utuh pada-NYA. 

Sesungguhnya cinta ini bukan milik kita
Bila hati melupakan-NYA
Sesungguhnya cinta ini bukan milik kita
Bila tiada rindu buat-NYa
Sesungguhnya cinta ini bukan milik kita lagi
SABAR !!!
kredit : akiz damia

Saturday, 11 August 2012

...jika hari ini..


Assalamualaikum

Jika hari ini, Hari terakhirku
Izinkan aku menatap wajahnya
Izinkan aku melihat gelak tawanya
Izinkan aku menyelusuri sinar matanya
Izinkan aku menghayati detik bahagianya

Jika hari ini hari terakhirku
Biarkan aku disisinya
Biarkan aku merawat kesakitannya
Biarkan aku menyapu lukanya
Biarkan aku membersihkan airmatanya

Jika hari ini hari terakhirku
Inginku lafazkan aku cinta padanya
Inginku ungkapkan aku sayang padanya
Inginku bisikkan aku merinduinya
Inginku katakan aku perlukannya

Jika hari ini hari teakhirku
Aku berjanji cinta ini sampai mati buatnya
Aku berjanji kasih ini miliknya
Aku berjanji rindu itu hanya padanya
Aku berjanji akan melihatmu dari semasa ke semasa

Jika hari ini hari terakhirku
Biarlah aku terus menyintainya
Biarlah aku tetap mengasihinya
Izinkan aku merinduinya
Izinkan aku seketika Cuma memilikinya

Jika hari ini hari terakhirku
Alam , kau dendangkanlah rasa sayangku padanya
Awan, kau sampaikan denyutan cintaku buatnya
Langit, kau pamerkan wajahku untuk tatapannya
Hujan, kau siramilah kepanasan dirinya
Angin, kau dinginkanlah ketika matahari memancar tubuhnya
Bintang, kau terangilah kegelapan malamnya

Ya Allah
Jika hari ini hari terakhirku
KAU simpankanlah cinta ini
Untuk dia, insan yang aku kasih..
Aamiin


Sunday, 22 July 2012

seungkap bicara...


Assalamualaikum..


“HARGAI INSAN YANG MENYAYANGI DAN MENYINTAI KITA SEPENUH HATI AGAR HATI KITA TIDAK SAKIT APABILA DITINGGALKAN’

Pernahkah kamu, kamu, kamu dan kamu semua mendengar ataupun terbaca kata-kata sedemikian. Aku bukan sahaja membaca, malah turut mendengar serta aku juga pernah mengalaminya sendiri. Bahkan pengalaman kawan-kawanku mendorong aku untuk berkongsi secebis bicara rahsia hati.

Pada pandangan aku, tak salah rasanya kita cuba untuk menyayangi orang menyintai kita. Bahkan aku rasa ia lebih bermakna daripada kita mengejar orang yang kita sayangi. Kenapa?? Sebab yang paling nyata orang yang menyintai kita akan tahu bagaimana untuk menghargai kita. Bagi aku, tak salah andainya memberi peluang dan ruang untuk orang yang menyintai kita. Untuk apa kita terus berharap pada orang yang sanggup meninggalkan kita sesuka hatinya tanpa kita menyedari apakah kesalahan yang telah kita buat sehingga tegar menghadiahkan kelukaan yang paling dalam dan pahit.

Lebih baik menghargai orang yang menyintai kita setelah kesungguhannya kita tengok sendiri, kesungguhannya kita saksikan sendiri. Kemahuannya untuk memiliki kita ternyata boleh menitiskan airmata. Orang yang menyintai kita akan menjaga hati dan perasaan kita agar tiada kesan kesakitan yang tinggal di hati kecil itu. Orang yang menyintai kita, akan terus mencadangkan agar dirinya dengan diri kita mempunyai ikatan yang diketahui keluarga sebab utamanya dirinya tak ingin kita dimiliki orang lain, supaya diri kita takkan pergi jauh darinya.  
    
      “ Awak, nanti lepas tiga bulan, kita bertunang ya?”
      “Betul ke ni, awak?”
“Betul. Saya taknak awak pergi jauh dari saya. Saya taknak kehilangan awak. Sekurang-kurangnya bila kita bertunang, awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya.”
“Saya setuju awak. Kita tunggu lepas awak selesaikan kerja awak dulu k. Saya janji awak, saya akan setia dengan awak.”

Orang yang menyintai kita, akan pastikan dan berusaha untuk menyuburkan ikatan yang ada. Saling menghormati, saling menjaga sesama sendiri, serta berjanji untuk menghargai diri masing-masing. Orang yang menyintai kita akan cuba mengenali keluarga kita supaya mengetahui apa kenakalan yang pernah kita lakukan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Bahkan, orang yang menyintai kita tanpa segan silu memperkenalkan kita sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya, kenalkan kita sebagai ‘tunang’nya, malah tak malu untuk mengaku bahawa kita bakal menjadi suri dalam hidupnya serta bakal ibu kepada anak-anaknya.

Tak salah untuk kita menyintai orang yang menyintai kita. Cintai mereka akan membuat kita berasa tenang. Cintai mereka akan menjadikan kita insan yang sempurna. Mungkin pada mulanya kita hanya sekadar menyayangi orang yang menyintai kita tetapi percayalah lama-kelamaan kita pasti akan turut membalas cintanya. Ia mungkin tidak disedari bahawa kita turut menyintai orang yang menyintai kita. Kita kan sedar, bila berjauhan dengannya kita akan gelisah, selalu tertunggu panggilan ataupun mesej ringkas darinya. Walaupun hanya sekadar kata-kata ‘hai’ yang dihantarnya boleh membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Kita jua teringat-ingat saat-saat bersama tanpa ada niat untuk melupakannya.

Tika siang melabuhkan tirainya, muncul bulan bintang menerangi malam. Detik dengannya sentiasa ada difikiran kita. Walaupun waktu itu hati kita tidak mengakui bahawa kita menyintainya. Namun, disudut hati yang terpencil, hati telah menyerah kalah dengan diri. Akhirnya, kebenaran kita menyintainya terjawab dalam hati. Bibir takkan mampu mengakui tapi hati tak mungkin dibohongi.  

      “Cuba awak teka, tu bintang ke satelit?”
      “Yang mana?”
      “Yang berkelip-kelip tu.”
      “Pasti lah bintang kan?bintang kan berkelip-kelip.”
      “Tak la awak. Yang berkelip tu satelit.”
“Apa beza bintang dengan satelit awak? Macam mana nak kenal ya? Saya tak tahu selama ni. Ingatkan bintang juga yang berkelip-kelip tu.”
“ok. Macam ni, bintang?try awak tengok yang paling kecil dan tak berkelip tu bintang. Yang berkelip satelit. Nampak tak?”
“OOO, macam tu.. baru saya tahu. Nampak-nampak awak.”

Memori dengannya pasti takkan sekalipun kita lupakan. Tiap kali siang bertukar malam, pasti mata kita akan mendongkak ke dada langit untuk melihat bintang serta satelit yang ada. Sedangkan dengan cara itu, kita cuba mengurangkan rindu untuknya, orang yang menyintai kita.....


Sunday, 1 July 2012

...cun, cantik, lawa, manis, ayu, comel...




Assalamualaikum..

Cun? Cantik? Comel? Ayu? Manis? Lawa? Apakah punya maksud yang berlainan ya? Aku pun tak berapa pasti tentang istilah-istilah ini. Bagi aku, ia punya pengertian yang berbeza. Mungkin ini pandangan masing-masing. Kadang-kala perkataan ini akan keluar sendiri dari bibir seseorang bila ada sesuatu yang boleh dilafazkan dengan perkataan tersebut. Ia juga tanpa dijangka. Keluarnya secara spontan macam ‘super spontan’ tu. Begitu juga dengan istilah itu.
Pada aku, ‘cun’ itu dilihat pada gaya percakapannya. Saat bibir mengeluarkan bicara, petah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ulas bibirnya akan menuturkan kata-kata yang baik, sopan dan sedap untuk didengar. Gurauannya tidak menyentuh hati sesiapa. Layanannya pada kanak-kanak yang akan membuatkan dirinya boleh dilabelkan ‘cun’ oleh orang-orang yang menyedari akan kewujudannya. Pertama kali orang itu melihat, ‘cun’ mesti terlahir dihati lantas terzahir di bibir. Macam situasi ini yang kusaksikan sendiri.

          “Cun nya dia..Babai”
          “Hah??”

Anehkan? Sedangkan insan itu tidak mengenali pun orang yang digelarkan ‘cun’ itu. Mungkin juga itu, teknik si jejaka untuk memikat si gadia. Tapi pada aku tak. Itu adalah luahan spontan yang tanpa disedari. Cun itu indah.
Cantik? Bagi aku, ‘cantik’ mungkin pada wajahnya. Bentuk mukanya, kulitnya. Mungkin bagi sesetengah orang bila berkulit putih itu cantik. Kadang-kadang ada pula yang berkulit hitam itu pun cantik juga. Cantik ini berdasarkan pandangan masing-masing.  Pandangan mata seseorang akan mengklasifikasikan seseorang itu ‘cantik’ ataupun tidak.

          “Awak dah cukup cantik untuk saya”
          “Aikkkk.. terima kasih”

Comel? Yang ini lagi mudah. ‘Comel’, bagi aku pada matanya. Mata yang mampu mengetarkan sukma hati, mata yang mampu menarik diri untuk menyaksikan lagi sekali kecomelan mata itu. Mata yang tidak terlalu besar memang ‘comel’ sangat. Bertambah ‘comel’ apabila dia tersenyum, secara magnet matanya akan turut mengecil. Ya Allah, sungguh indah ciptaan-MU. Aku suka mengatakan ‘comel’ pada aku adalah pada sinar matanya. 

          “Mata awak comel
J
          “Hah? Mata awak pun comel J
"Aik, saya puji awak, awak kata saya plak. Saya rasa macam nak tukar je mata dengan awak. cumell”
“Ya Allah, awak ni. Mata awak dah cukup comel tau. Saya suka tengok mata awak, dengan bulu mata yang cantik tu buatkan mata awak makin menarik. J
“Laaa, macam tu ke??isyyyy.”

Yesss.. mata memainkan peranannya. Memang kecomelan akan terserlah melalui mata. Seseorang itu akan bertambah ‘comel’ apabila sinar matanya selalu bercahaya. Dari kerana mata oh aku tergoda..aku tergoda.. J

Ayu? Gadis ayu lesung pipit dipipi. J ‘Ayu’ terserlah melalui tingkah-lakunya yang sopan santun, sikap hormat pada orang yang lebih tua dan orang sekelilingnya, perwatakannya yang lembut tetapi tegas sering kali akan menerbitkan keinginan untuk memiliki terutamanya apabila dilihat oleh orang tua. Dengan kata lain, untuk dijadikan sebagai menantu mereka serta isteri pada anak lelaki bujang yang ada. Sejuk mata memandang si gadis ‘ayu’ ini. Sukar untuk mendapatkan label ini kerana untuk mencari gadis yang memiliki ciri-ciri ini ternyata amat-amatlah payah.

          “Ayunya,.”
“Perangainya membuatkan dia bertambah ayu. Dengan senyuman yang boleh mencairkan hati.”

Manis? Yang ni lagi senang nak mendefinisikannya. ‘Manis’ akan terpamer melalui senyumannya. Senyum pun boleh dikatakan ‘manis’. Aku pun tak tahu, macam mana lah senyuman tu boleh dirasa. Mungkin ramai yang merasa dengan mata kot. Sebab senyuman ni bukan ke tak boleh dirasa dengan lidah kan?? Tapi pada aku, seseorang itu akan kelihatan ‘manis’ bila tersenyum. Mungkin betul lah kot, ‘manis’ ada kaitan dengan senyuman. Aku tulis je, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sehari-harian.

          “Tak puas saya jumpa awak. Kenapalah awak manis sangat ya, sayang?”
          “Apa? Manis? Manis macam apa? Manis macam gula-gula ke?”
“Sayang ni, pelik-pelik betul lah. Saya kata awak tu manis, tak senyum pun manis. Bila dah senyum bertambah manis jadinya.”
“Ooo, macam tu. Cakap lah bagi jelas baru saya faham. Ingatkan manis macam gula-gula tadi.. J
“Tak. Bukan manis macam gula-gula tapi manis macam puding yang sayang buat tadi. J
“Hahahahah.. J macam-macam lah”

Senyuman memainkan peranannya tersendiri dalam memikat hati sesiapa sahaja. Senyuman dikatakan boleh menyembuhkan hati yang terluka. Dengan senyuman juga, kesedihan terhapus sekelip mata. Jika bersedih, senyumlah kerana masih ada peluang yang menanti kita. Senyum itu penawar segala ubat yang berkaitan dengan hati. Hidup perlu disemai dengan benih-benih senyuman agar tiada kesepian yang akan mengejari.

Lawa? Apa ya yang dapat ditafsirkan dengan perkataan ‘lawa’ ni? Emm, ia meliputi semua. Tingkah-laku, tutur kata, raut wajah, senyum, sikapnya dan macam-macam lagi lah. Yang penting, pada mata yang menilainya. Selalunya, mata juga sering menipu. Namun, bila hati sendiri mengakui ternyata tiada apa yang dapat dibohongi. Bila seseorang dikata ‘lawa’, ini bermakna tiada apa yang perlu dinafikan lagi. Dia sebenarnya seseorang yang dimpikan oleh semua orang, keluarga, kawan-kawan, dan ‘adam’ yang sering menanti seoarang ‘hawa’ untuk diangkat sebagai suri hidupnya.

“Lawanya dia. Senyumannya mengetarkan hati. Matanya menarik untuk dilihat. Bicaranya asyik didengar. Malah, tingkahnya menenangkan hati sesiapa yang memiliki.”
“Yess. Dia memang lawa.”

Macan-macam definisi yang ada. Itu semua pada pandangan aku je. Orang lain aku tak tahu. Aku hanya mencatatkan apa yang aku rasa, alami, perhatikan. That’s all. Pandangan masing-masing. Yang penting aku tahu, apa yang penting dalam diri seseorang. Cun. Cantik. Comel. Ayu. Manis. Lawa. Bergantung pada hati. Bila hati suci, akan terpamer pada wajah. Terlihat serinya yang nyata mengerakkan bibir-bibir beku untuk menyuarakan kata hati tentang anugerah dari ilahi yang dilihat dihadapan mata. Wuduk itu akan mencantikkan lagi diri kita.

idea dari hati..

Sunday, 24 June 2012

istimewanya



Assalamualaikum..

Bila hati menyatakan rindu, bibir tidak perlu bersuara untuk mengungkapkannya. Ia hadir umpama ombak yang menganas menghempas pantai. Munculnya bagaikan angin yang bertiup kencang tanpa sesiapa sedari. Ia juga menyentuh hati manusia bak hujan yang jatuh ke bumi tanpa siapa jangkakannya. Itulah rindu. Tiada siapa yang meminta untuk bergelumbang dengan perasaan itu, namun ia sering terjadi kepada insan-insan yang sedang bercinta. Tak kira cintanya pada yang Esa, Rasulullah, keluarga ataupun sang kekasih. Rindu itu sangat mengasikkan bila ia benar-benar disemai dengan acuan yang sempurna. Tiada kata-kata yang mampu memaknakan ‘RINDU’ sebenarnya. Ia bergantung kepada insan itu sendiri.

“ Saya rindu awak. Macam mana saya nak hadapi empat, lima bulan ini tanpa bertemu dengan awak”
“ Saya pun. Rindu sangat. Tapi macam mana rindu pun awak kena selesaikan tanggungjawab awak dulu. insyaALLAH, moga empat, lima bulan ni masa bergerak dengan pantas”
“ Saya pun harap macam tu. Saya nak selesai cepat-cepat study. Lepas tu, insyaALLAH kerja dan masuk pinang awak jadi isteri saya yang sah”
“Aamiin. Moga Allah mendengar dan memahami keinginan kita, awak. Saya tunggu awak”

Bila kata-kata rindu antara pasangan kekasih. Itulah jadinya..janji-janji manis akan termeterai. Mengharapkan pertolongan dari-NYA untuk menyatukan dua hati. Hati yang sepi ingin mencari pelengkapnya yang mampu menemani kala susah senang, menenangkan tika dilanda gelisah, menghiburkan waktu suram, tempat bersandar saat letih, serta tempat merajuk untuk dipujuk.. anehnya rindu.

      “Awak, saya rindu awak sangat”
“Awak, sabar ya. Saya punya rasa yang sama dengan awak. Kita tak boleh lalai dengan perasaan ini, nanti kita yang akan kecundang”
“Saya tahu awak. Kadang-kadang saya tak mampu nak kawal perasaan saya bila rindukan awak. Awak pun mesti fahamkan?? Sakitnya bila ingatkan seseorang yang kita sayang tapi susah untuk jumpa”
“Saya faham, awak. Sakit dan perit. Macam yang kita rasa sekarang. Sakit bila merindui awak. Perit bila rindu itu tak boleh ditukar dengan wajah awak”

Anehnya rindu. Asyiknya bisa menyentuh sanubari. Kegilaannya bisa merosakkan akal waras. Rindu ini bagaikan aiskrim yang akan cair, cair dan terus mencair bila ia tidak diletakkan ditempat beku. Macam itulah rindu. Saat kita berjauhan dengannya, pasti rindu itu membuak-buak mengenangkannya. Namun, saat berpandangan dengannya, rindu itu kembali sejuk menyentuh hati dan memori bersama dengannya pasti terpahat indah.

      “Dua hari lagi saya dah nak pergi ke Bukit Mertajam L
      “Ya Allah, awak dah nak pergi saya tak sempat nak jumpa awak L
      “Sayang, saya dah blurr tak tahu nak buat macam mana? Nanti awak pergi Bukti
Mertajam ya, jumpa family saya, mak saya”
“Awak, saya segan lah nak jumpa family awak”
“Awak nak malu apa, dorang semua tu bakal adik beradik ipar awak jugak kan?”
“Tapi awak, tu untuk dua tahun lagi. Sekarang saya segan lah. Memang lah saya teringin nak jumpa family awak, nak kenal mereka tapi susah bila saya ada rasa segan ni ;-)”

Pemergiaannya yang sekejap itu akan menerbitkan rindu yang tiada kesudahan dalam diri ini. Rindu itu terus membakar diri hari demi hari tanpa aku jemu untuk menikmatinya. Rindu itu nikmat sebenarnya. Nikmatnya hanya dialami oleh insan-insan tertentu yang tahu menghargai perasaan indah yang lahir dari hati nurani yang tanpa sesiapa sedari. Uniknya rasa rindu itu. Apabila ianya menyentuh hati tanpa sekelumit petanda. Rindu ini akan muncul sendiri untuk merindui seseorang yang berjaya menerajui hati kecil itu. Rindu itu akan ada bila kita mengingati seseorang. Tak kira mengenalinya pada rupa atau namanya sahaja. Uniknya rindu itu. Datangnya tiba-tiba. Tiba-tiba dirasai sesungguh hati. Umpama saat ini, aku rindukannya. Mengingatinya, ingin melihat matanya.

      “Sayang, saya rindu awak. Rindu sangat”
      “Saya pun. Rindu awak. Rindu yang sangat-sangat”

Coretan daripada ‘messages’nya menyatakan rahsia hati. Tak cukup dengan mesej, panggilannya makin mensyahdukan hatiku. Tak tertahan apa yang tersembunyi dalam hati. Tika berbual, bergurau senda perkataan ‘RINDU’ itu kian terasa. Ini yang kurasakan: ‘AWAK, SAYA MENANTI HATI KITA AKAN BERSAMA BERDUA UNTUK SELAMANYA HINGGA AKHIR HAYAT’…

Catatan hati merindu.. copy & paste..

Friday, 15 June 2012

...memories...


assalamualaikum..
Jari-jari terus berlari..berlari mencoret kisah cinta yang mengharapkan keredhaan dari-NYA. Harapan ini menjadi penyatuan antara dua hati, dua keluarga yang mengharapkan ikatan yang memberikan kebahagiaan yang diimpikan. The best word I can’t forget..

“ Saya hepi sangat bersama dengan awak. Saya dapat rasa kasih sayang awak yang takkan saya dapat dari perempuan lain. Ketahuilah, awak telah pun menjadi pelengkap kepada hidup saya”

“ and I hepi too..when I know you..when I see your eyes.. cumell sangat. Saya suka mata awak. Mata awak menggambarkan kebahagiaan awak. Saya akan cuba bahagiakan awak.. insyaALLAH, dengan izin-NYA..”

“ Awak betul-betul bahagia dengan saya??”

“aduh, apa awak tanya ni? Awak tak percayakan apa yang saya rasa pada awak?”

“ bukan saya tak percaya tapi saya tengok awak macam main-main je dengan saya”

“hah?main-main?awak, bila masa perlu serius, saya akan serius. Sekarangkan kita tengah dalam situasi tak formal tau.. :-) awak, saya dah pertaruhkan hati saya untuk awak. Saya harap awak hargainya, jaganya baik-baik ok J

“ macam nie lah.. that’s my girl”…

Kelihatan si jejaka begitu menyayangi. Segala curahan perasaannya dinyatakan agar si dia memahami apa yang dirasai. Indahnya cinta bila saling menyayangi. Lagi bertambah indah bila hati sang pencinta lebih menyintai Maha Pencipta.. aku harapkan cinta, sayang, rindu yang dikurniakan kali ini lebih bermakna dengan ada-NYA dihati kami.

      “ cincin ni tanda awak milik saya”

      “oppsss, maknanya saya tak boleh tanggalkan cincin ni ek?”

      “ boleh sayang tapi awak kena ingat yang awak milik saya.”

      “ InsyaALLAH. Pasti..thanks dear. Saya tahu. Saya milik awak dan awak miliki saya..hehe "

Cincin tanda itu.. akan bersamaku.. biarpun pada hakikatnya cincin itu sememangnya milikku. Ia bagaikan simbolik milikmu yang diverikan untukku. Ia cincin sementara yang dirinya pinjam dariku sebelum betul-betul menyarungkannya bila tiba saatnya kelak. Kerenah bercinta ternyata banyak ragamnya. Kadang-kadang menghiburkan.

      “ saya nak tanya awak lah. Emmm.. macam mana ya dalam ramai girls malam tu awak nak kenal dengan saya?”

“hahaha.. sebab saya tengok awak senyum comell sangat. Saya suka tengok awak senyum. Pastu plak, awak kecil je antara girls yang lain.”

“ tapikan, saya rasa masa tu saya yang paling tak betul sikit antara dorang semua. Saya kacau-kacau kawan saya.”

“memang pun. Tapi saya tetap nak kenal awak. Saya ni jenis pemalu. Nasib baik lah ada kawan saya yang tolong kenalkan kita.”

Itulah antara pertanyaan yang sering menggelikan hatiku. Aku pun jadi aneh. Kenapa dirinya ingin mengenaliku. Sedangkan aku tahu sangat, masa pertemuan tu, aku yang paling giler-giler. Tak habis-habis dengan sikap aku yang suka kenakan orang. Entah macam mana agaknya rupa aku masa tu yang membolehkan dirinya tertarik. J

      “ Akhirnya, awak tinggalkan saya juga. L

“Awak, saya hanya tinggalkan hanya untuk sementara waktu je bukan untuk selama-lamanya.”

“tapi, awak tetap tinggalkan saya L

“sayang, ikutkan hati saya, saya tak nak berjauhan dengan awak. Saya risau tinggalkan awak. Berat hati saya nak biarkan awak di sini. L Awak fahamkan?”

“saya faham. Maafkan saya sebab dah susahkan awak. Nanti awak jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal di sana.”

“Insya ALLAH. Awak pun sama. Makan on time k. jangan nak diet-diet bagai. Taknak kurus-kurus. J

“ya..ya..saya tak diet dah..”

Tinggal?? Semua insan takut, ngeri mendengar kata itu. Tak terkecuali diri aku. Memang aku takut. Walaupun kutahu dirinya hanya pergi seketika. Hatiku yang meronta-ronta ingin mendengar bicaranya sendiri. Ya Rabbi, tolong jagakan hubungan kami. Kekalkan kami dalam cahaya keimanan-MU. Aamiin.     

Catatan kasih..dari sumber2 tertentu..

Thursday, 14 June 2012

.... alkinku...


Assalamualaikum

Perpisahan? Berpisah? Adakah punya makna yang seiras? Tiada apa yang akan dilakarkan. Hanya abjad-abjad kosong yang memahami. Perpisahan sememangnya satu perkataan yang mengerikan bagi hamba cipta Illahi. Namun, yang menakutkan itu selalunya sering terjadi tanpa amarah jua petanda. Perpisahan kali ini mungkin hanya untuk beberapa bulan yang akan datang.. biarpun begitu, keperitannya masih kurasai. Aku tak suka bila orang yang menyayangi dan disayangi meninggalkan aku.. namun, inilah permainan takdir-NYA.. kita hanya merancang tapi Allah S.W.T jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA..

Berpisah?? Berjauhan seketika kerana punya tuntutan yang perlu dilaksanakan. Pokok, awan, rumput-rumput yang kehijauan ditaman itu menjadi saksi kita berpisah hari ini.. untuk sebentar sahaja tapi kesannya amat mendalam dalam hati.. sayu, sunyi, sepi bermukim dalam hati. Tak kupamerkan, tak kulafazkan.. aku cuma melihat. Tiada tangisan, tiada airmata.. Wajahmu menyatakannya.. aku mesti kuat.. aku tak boleh tunjukkan kelemahan itu depannya.. biar aku yang rasa asalkan dirinya tidak resah akan situasiku.. pertanyaan yang akan kanku ingati:

      “Awak, tak sedih ke?”..
      “Takde r..saya biasa je..kena cool..”

Namun, siapa yang tahu sendu dihatiku.. Ya Allah., lagu yang berkumandang kini membuatkan aku mengingatinya ‘if tomorrow never come’.. I love you most than you love me!!! Take me into your heart, baby.. and I’ll still here if you need me.. if tomorrow never come,.. but I hope tomorrow, I can love him more than today and yesterday…hehehe.. take me to your heart, take me to your dream, take me to your life and take me to your soul..

      “Awak, awak sayang saya tak?”
      “Tak. Saya tak sayang awak pun. Kenapa?”..
      "Emmm??? sampai hati awak.." bersama matanya yang cute sambil mengecil di depanku..

Kenapa sering kali dirinya bertanyakan soalan yang dia sendiri sudah ketahui jawapannya. Aku jadi kelam kabut untuk memberi jawapan.. Awak, mestilah saya sayang awak. Takkan awak tak faham lagi. Isyyy.. Awak, suka saya tak???.. ni aku ambik ayat dari novel je. Sebab rasa macam best je ayat-ayatnya “AWAK SUKA SAYA TAK?”. Aku dah mula ingat dia.. Ya Allah...kuatkan hatiku, tabahkan hatiku dalam menghadapi detik-detik ‘berpisah’ ini..

      “Sayang, dua tahun lagi saya akan pastikan awak jadi isteri saya..”
      “Ya ke?..entah-entah dua tahun lagi awak dah lupakan saya..:-(“
      “InsyaALLAH, saya akan tunaikan.. dua tahun lagi saya akan tunaikan..”
      “Aamiin.. MOga Allah, mendengar bisik hati kita, awak. Saya akan tunggu awak.Cuba untuk menyintai Awak dengan izin-NYA.. “

Ya Allah.. makbulkan kata-kata kami. Hanya pada-MU, kami meminta kerana sesungguhnya KAU Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, aku bersyukur dengan hidayah-MU. Jagalah hatiku, lindungilah imanku, jauhilah bisikan syaitan yang durjana merajai hatiku. Ya Allah, sesungguhnya aku alpa tanpa pertolongan-MU. Aku sudah cukup menderita dengan pengalaman lalu..

      “ Pen ni, saya akan guna untuk sign surat perkahwinan kita. :-) ”
      “ So, awak kena lah jimat guna dakwat pen tu..nak tunggu dua tahun lagi tu.. J

Pemberian itu tanda bermulanya satu perhubungan yang menunggu restu dari DIA serta kedua-dua ibu bapa kami. Aku harap ini yang terakhir dan yang mampu mengantikan kekosongan yang hilang. Mungkin semua menyangka, aku terlalu cepat memberi HATI pada yang tak pasti. Tapi aku cuba menyayangi orang yang menyayangiku kerana aku yakin akan HATIku.. aku boleh menyayangi orang yang ikhlas serta menghargaiku..

p/s; ini hanya rekaan semata-mata..

Friday, 8 June 2012

..if tomorrow never come..

assalamualaikum


salam dihulur pengganti diri
buat tatapan kenalan sejati
tiada kupinta sedikit simpati
harap kalian terus menemani


..if tomorrow never come..
the best song that someone dedicate 4 me..

jika hari esok tiada lagi
aku harap tika ini aku diberi peluang menyintainya
aku minta saat ini aku menyayanginya..

terima kasih..
selalu temani aku
bersamaku tika susah senang
insyaAllah, aku doakan..
moga DIA satukan kita dalam ikatan direstui-NYA
insyaAllah.. andai esok masih milikku
kan kutemui orang tuamu..
untuk nyatakan persetujuanku..
aamiin..



so tell that someone that you love
just what you're thinking of
if tomorrow never comes
i'm promise , i always love you
do you know how much i love you today?

akiz_nhk_alkin



Wednesday, 23 May 2012

masih adakah..

assalamualaikum..


<3 Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
     Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. 
     Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi 
     jika kamu masih tidak  dapat melupakannya.

masih adakah yang sudi menemaniku
masih adakah yang sudi menyayangiku
masih adakah yang ingin  berdekatan denganku
masih adakah yang ingin memcintaiku


pengalaman yang dulu menghantui hidupku.. aku takkan pernah sesekali untuk melupakannyanya. walaupun telah kucuba, namun hanya sia-sia..ia datang bak ombak yang menganas..merobek hati sanubariku. kelukaan itu masih aku rasa kini..kesakitan itu, tak mungkin ada pengubatnya.. kepedihan itu, hanya aku yang fahaminya. betullah kata orang, masa yang singkat membuatkan kita susah untuk melupakannya. 
sejujurnya, aku tidak membencinya, aku juga tidak sesekali mendendaminya..apa jua yang dilalukan, mesti ada sebabnya.. tapi untuk memaafkannya, tak mungkin buat masa ini,.. hatiku bagai mati..mati untuk menerima maaf itu..

hati..
kenapa kau tidak mampu membencinya
kenapa kau tidak betah melupakannya
kenapa kau masih degil menyayanginya
kenapa kau tetap setia merinduinya

hati..
sedarkah kau akan derita yang aku rasa
sedarkah kau kesakitan yang diberikannya
sedarkah kau akan kesengsaraan itu
sedarlah kau, hati
sedarlah..usah kau bermimpi..
wahai hati bangkitlah..bangunlah dari tidur panjangmu

wahai hati..
kedegilanmu tak mampu kukawalnya
kedegilanmu mengundang mutiara jernihku
kedegilanmu kian menyakitkan diri aku
kedegilanmu menyusahkan perjalanan harianku

wahai hati..
cukuplah..aku bukan insan yang kuat..
cukuplah..aku bukan hamba-NYA yang tabah
cukuplah.. aku derita menanggung kedegilanmu

wahai hati..
usahlah kau merinduinya
usahlah kau menyayanginya
usahlah kau kukuh menyintainya
kerana itu sudah tiada makna
untukmu dan dirinya
malah, kau menjadikan diriku makin sakit
tiap kali kedegilanmu merinduinya
tika kedegilanmu menguasai diriku
mendesakku untuk mengakui sayangku padanya

Add caption
wahai hati.
tahukah kau, aku cuba membuang seraup wajahnya
tahukah kau, aku cuba kuburkan memori bersamanya
tahukah kau, aku cuba..cuba layari hidupku tanpanya
sudahlah hati..aku sudah terlalu menderita..
sudahlah hati..cukuplah kau menghadiahkan penderitaan itu
kekuatanku sudah hilang entah di mana..
wahai hati..bukalah pintumu untuk yang lain..